suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebutir bom lagi ditemui di Hotel JW Marriot

JAKARTA: Polis menjumpai sebutir lagi bom yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott, lokasi dua letupan bom yang menggemparkan satu kawasan komersil di sini dan membunuh sembilan orang pada hari Jumaat.

Penemuan bom ketiga oleh pasukan khas bom dan polis Indonesia itu diketahui wartawan apabila seorang pegawai polis meminta mereka meninggalkan bangunan kerana bom itu hendak dipindahkan ke tempat lain untuk dimusnahkan.

Bangunan Plaza Mutiara, yang terletak di sebelah hotel itu, turut menempatkan pejabat Perbadananan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu di tingkat 12.

Seorang pegawai MATRADE yang dihubungi Bernama berkata semua kakitangan di pejabatnya selamat.

Katanya semua pegawai dan petugas MATRADE pada ketika kejadian belum berada di pejabat kerana kejadian berlaku pukul 7.45 pagi sedangkan pejabatnya dibuka sejam selepas itu.

Sementara itu, daripada sembilan mangsa yang mati, hanya identiti seorang mangsa sahaja yang sudah dikenalpasti iaitu Pengarah Urusan PT Holcim Indonesia, Timothy Mackay, yang masih berada di ruang kecemasan Rumah Sakit Medistra, Jakarta Selatan.

Setakat ini, jumlah mangsa yang mati masih sembilan orang manakala yang cedera parah dan ringan sudah meningkat menjadi lebih 50 orang selepas lebih ramai datang mendapatkan rawatan di tiga buah hospital di sini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain