suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Thailand tiba untuk lawatan sehari

SEPANG: Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja sehari beliau ke negara ini.

Ketibaan beliau pada pukul 9.35 pagi di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

Abhisit selepas ini dijadualkan mengadap Yang diPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebelum mengadakan lawatan ke Kedutaan Thailand.

Beliau selepas itu akan diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abhisit dijadualkan berlepas pulang ke Thailand pada pukul 10.20 malam ini di Kompleks Bunga Raya, KLIA. BERNAMA

Artikel Lain