suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri-menteri Kesihatan ASEAN bincang selesema babi di Bangkok

BANGKOK: Thailand akan menganjurkan mesyuarat khas Menterimenteri Kesihatan ASEAN di ibu negara itu pada 7 dan 8 Mei bagi menangani isu selesema babi, ketika negara itu merancang mengedarkan 100,000 topeng penutup hidung kepada para pemandu teksi dan pelancong di ibu negara dan mengirim sebanyak 5,000 ke Mexico.

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Siriporn Karnchana memberitahu pemberita bahawa semua 10 negara anggota dijangka menghadiri mesyuarat itu bagi menyelaras dan mempertingkat kerjasama serantau berikutan kebimbangan dunia terhadap penyakit itu yang setakat ini telah meragut lebih 150 nyawa di Mexico dan satu di Amerika Syarikat.

Laporan awal menyatakan setiausaha agung ASEAN Surin Pitsuwan pada mulanya meminta Kemboja menjadi hos mesyuarat itu, tetapi Phnom Penh mencadangkan Thailand selaku pengerusi ASEAN sekarang, mengambil alih tugas itu.

Setakat ini belum ada kejadian selesema babi dilaporkan di rantau ini.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Thai berkata ia mengirim sebanyak 5,000 topeng penutup hidung dan gel basuh tangan ke Mexico untuk kegunaan orang awam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain