suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Applegate hiasi siri "Paling Cantik" People

NEW YORK: Dengan wajah yang tersenyum, Christina Applegate menghiasi muka depan majalah People sempena siri "Paling Cantik".

Aktres berusia 37 tahun itu mempunyai alasan tersendiri untuk gembira selepas bertarung dengan barah payudara baru-baru ini.

Applegate berkata, dia akhirnya telah menemui "pasangan paling sesuai" - pemuzik dari Belanda, Martyn Lenoble.

Dia telah menjalani pembedahan mastektomi berkembar Julai lalu dan pembedahan pemulihan beberapa bulan kemudian.

Bintang siri komedi Samantha Who? terbitan ABC ini menyifatkan Lenoble amat mencintainya, malah telah memberikannya sebab untuk terus hidup dan senyum sepanjang masa.

Isu tahunan "Paling Cantik" majalah itu mengetengahkan 100 wajah paling terkenal termasuk Michelle Obama, Zac Efron dan Cindy Crawford yang memberikan pos tanpa solekan.

Majalah itu berada di pasaran esok. AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain