suria

Rakyat India mula mengundi

NEW DELHI: Beribu-ribu rakyat India mula mengundi di peringkat pertama pilihan raya umum negara itu hari ini.

Ia merupakan satu daripada lima fasa yang melibatkan 714 juta penduduk - dua kali ganda populasi penduduk di Amerika Syarikat - dijangka menjalankan tanggungjawab mereka.

Tempoh pilihan raya negara itu akan berlangsung selama sebulan dan dengan keadaan kelembapan ekonomi yang dialami parti pemerintah dijangka menghadapi masalah untuk membentuk satu gabungan yang stabil.

Pengundian hari ini meliputi kawasan tengah dan timur negara terbabit terutamanya kawasan serangan militan.

Keputusan penuh pilihan raya India yang melibatkan pengundian secara elektronik di 828,804 pusat pengundian, dijangka diumumkan pada 16 May ini. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain