suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan terkejut dapat ikan aneh, punyai gigi menyerupai manusia

Ikan sheephead yang ditangkap Brian.

SEORANG pemancing terkejut apabila berjaya menangkap seekor ikan aneh yang mempunyai gigi menyerupai gigi manusia.

Brian Summerlin, 38, ketika itu sedang memancing di perairan Tangier, negeri Maryland apabila pancingnya direntap dengan kuat dari dalam air.

Apabila berjaya menaikkan ikan yang meragut mata kailnya, dia mendapati ia adalah seekor ikan sheephead.

Ikan tersebut memiliki berat sekitar 7.52 kilogram dan merupakan spesies sheephead yang paling besar pernah ditangkap di perairan tersebut.

Ikan sheephead paling berat yang ditangkap di perairan negeri Maryland sebelum memiliki berat 6.39 kilogram.

"Saya sangat gembira kerana tahu memang sukar untuk memecahkan rekod.

"Keluarga saya pun seronok dapat menikmati ikan ini. Sheephead adalah salah satu ikan kegemaran keluarga kami," ujarnya. -Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain