suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek kes curi buang air besar dalam kereta polis

Suspek kes curi membuang air besar di dalam seluar ketika berada dalam kereta polis. -Gambar Tribunnews

SEORANG suspek kes curi barangan elektronik membuang air besar di dalam seluarnya ketika sedang berada di dalam kereta polis.

Suspek yang merupakan seorang pemuda itu ditangkap polis di Kotamobagu, Sulawesi, kerana terlibat dalam kes kecurian di lima lokasi berbeza di bandar tersebut.

Ketika berjaya diberkas dan dibawa menaiki kereta polis baru-baru ini, tiba-tiba beberapa anggota polis tercium bau yang kurang enak lalu bertindak keluar kereta.

Ternyata, bau tersebut adalah bau najis.

Suspek mengaku membuang air besar di dalam seluarnya ketika ditanya.

Gambar yang sempat dirakam oleh anggota polis dan tular di internet, mengundang reaksi lucu daripada warga maya.

"Mungkin dia sudah beritahu mahu buang air besar, namun dianggap hanya alasan... eh rupanya benar," komen seorang warga maya. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain