suria

Asam pedas ikan sardin ringkas dan sedap

Enaknya dapat dijamu dengan nasi putih...

KEBIASAANNYA kita selalu dengar asam pedas ikan pari yang sudah semestinya menjadi kegilaan ramai namun selain daripada ikan pari, ikan sardin tin pun boleh digunakan untuk lauk Asam Pedas Ikan Sardin. Sungguh ringkas!

Bahan-bahan:

1 tin besar sardin

*3 sudu besar bawang merah

*1 sudu besar bawang putih

*1 inci kunyit hidup

(* ditumbuk, dicincang atau dikisar)

sedikit belacan

5-7 sudu besar pes cili kering/cili Boh

1 batang serai

7-9 helai daun limau purut

1-2 keping asam keping

1-2 cawan air asam jawa

1 ikat daun kesum

garam dan gula (jika perlu)

Cara memasak:

Tumis bahan kisar dan belacan sehingga naik bau atau berubah warna dan pastikan ia sedikit garing. Selepas itu masukkan serai.

Seterusnya masukkan pes cili kering, asam keping dan daun limau purut. Masak sehingga naik minyak.

Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan sardin bersama 3-4 sudu besar kuah sardin.

Akhir sekali, masukkan daun kesum. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.

Selamat mencuba!

Kredit: Blog Dialoguda

asam pedas, ikan sardin

Artikel Lain