BERPINDAH ke rumah baru adalah detik yang menggembirakan, namun boleh juga menjadi saat mencabar daripada sudut kewangan. Bermula daripada pembelian perabot, barangan elektrik, sehinggalah kepada pengubahsuaian, ramai yang berasa tertekan untuk menguruskan bajet dengan bijak. Persoalan yang sering timbul, apa yang perlu didahulukan dan boleh ditangguhkan?ARTIKEL BERKAITAN: Tiap-tiap bulan bayar ‘extra’, tapi tempoh pinjaman masih sama... Rupanya selama ini peminjam buat silap!Sebenarnya, dengan bajet permulaan kurang daripada RM10,000, anda sudah boleh melengkapkan ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama.Berikut adalah panduan ringkas untuk membantu anda menyusun keutamaan dan mengelakkan pembaziran semasa mengurus bajet apabila masuk ke rumah baharu khususnya jenis kondominium, sebagaimana perkongsian @ariffmokhtar.Bilik tidur utama:Langsir - RM500Downlight + kipas - RM300Katil bersaiz queen + tilam - RM700Rak baju gantung + storage box - RM200Total = RM1,700Pemilik rumah disarankan membeli kelengkapan perabot asas terlebih dahulu. -Gambar hiasanRuang tamuLangsir - RM700Downlight + kipas - RM500Kabinet televisyen - RM300Televisyen 55 inci (terpakai) - RM800Sofa (terpakai) - RM500Meja makan - RM700Total = RM3,500Dapur juga antara ruang yang memerlukan perbelanjaan besar. -Gambar hiasanDapurAnggaran untuk jenis kondominium - RM4,500. Dengan bajet ini anda boleh dapat kabinet dapur yang proper.Total = RM9,700Berpindah ke rumah baru tidak seharusnya menjadikan anda tertekan daripada segi kewangan. Kunci utama adalah merancang, menyusun keutamaan, dan berbelanja mengikut kemampuan.Rumah yang selesa bukan semata-mata bergantung kepada kemewahan, tetapi pada pengurusan yang bijak dan suasana harmoni dalam keluarga.Semoga bermanfaat!