SEBAHAGIAN besar daripada kita seboleh-bolehnya akan cuba mengelak daripada memberi hutang kepada rakan kerana tindakan itu mungkin menjerat kehidupan sendiri.Hubungan yang akrab dengan penghutang juga boleh bertukar menjadi dingin kerana gagal menjelaskan hutang seperti yang dijanjikan. Pakar kewangan dan motivasi, Dr Azizul Azli Ahmad berpandangan bagi mengelak daripada timbulnya rasa tidak puas hati, anda seharusnya meminta tempoh tertentu sebelum bersedia memberikan hutang.Azizul Azli memaklumkan masalah kawan tidak membayar hutang dapat dielak jika kita meminta tempoh berfikir sebelum memberi hutang."Saya selalu juga kawan nak minta pinjam duit. Kadang kita serba salah, sebab kawan tahu kita ada duit. Saya selalu minta tempoh masa, supaya saya jadi rasional berfikir."Bagi aku masa dua hari, nanti aku bagitau ya. Bila kita ada masa, kita boleh rasional berfikir bukan sebab alasan alasan dia nak pinjam sahaja," katanya.Pensyarah institusi pengajian tinggi itu menjelaskan, dengan mengambil sedikit masa kita akan dapat jawapan sama ada perlu atau tidak untuk memberikan hutang berbanding dikecewakan pada masa hadapan."Bukan lepas 8,000 tahun masih kecewa, kawan tak bayar hutang kita. Dapat sesuatu? Jangan berhutang dan minta hutang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kawan liat bayar hutang? Rupanya boleh heret naik mahkamah... Ini cara nak saman, buat sendiri tanpa lantik peguamARTIKEL BERKAITAN: Pertengkaran berakhir tragedi, suami tergamak tetak isteri kerana isu hutangSementara itu, ketika ditanya mStar adakah sememangnya kita tidak digalakkan untuk memberi hutang kepada rakan, Azizul Azli berkata dalam beberapa situasi kita hanya ada dua pilihan sahaja."Bila kawan kita nak pinjam duit, kita hanya ada dua pilihan. Bagi pinjam ikut jumlah yang kawan minta atau bagi jumlah yang kita boleh bagi dan lupakan sahaja dengan menganggap ia sedekah."Beri kawan berhutang lebih baik dari beri sedekah. Jika mereka benar-benar dalam kesusahan. Memberi kawan berhutang juga, boleh buat hubungan persahabatan akan putus jika gagal bayar," katanya.Pandangan warga mayaJusteru katanya, jika kita menyayangi rakan berkenaan dan ingin kekal lama berkawan maka beri nilai yang boleh dilupakan atau jangan beri mereka hutang."Kau nak pinjam RM5,000, aku mampu bagi RM500 ja. Kita tidak mahu hati jadi kotor, berdendam dan bermusuh dengan kawan hanya kerana dia tak bayar hutang."Biar dia marah sekarang, jangan kita yang benci dia sepanjang zaman," katanya.Bagi pengguna maya, mereka bersetuju dengan kaedah pemiutang meminta tempoh sebelum memberikan hutang bagi menjaga perhubungan agar kekal lebih lama. Beri kawan berhutang lebih baik dari beri sedekah. Jika mereka benar-benar dalam kesusahan.DR AZIZUL AZLI AHMAD"Setuju, selepas dua hari, 'Amirul, kau ambil la RM100 ni, yang ini tak perlu bayar, aku bukan tak nak bagi hutang RM3,000 yang kau minta tapi aku tak nak kehilangan kawan."InsyaAllah, Amirul juga akan faham, saya dah pernah praktiskan ini dan memang berjaya."Pernah dengar sebelum ni ada ustaz cakap kalau nak bagi juga hutang kat orang, bagilah jumlah yang kita rasa akan reda kalau katakan dia tak dapat bayar balik dengan itu hutang tu akan jadi pahala sedekah nanti," antara komen warga maya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube