suria

Bimbang pewarna rambut tak patuh syariah? DIY guna 3 bahan ini, masalah uban pun selesai

Gabungan tiga bahan dapur bantu cantikkan warna rambut.

KECANGGIHAN teknologi membuatkan pelbagai jenis pewarna rambut halal, patuh syariah dan mesra wuduk wujud di pasaran.

Bagaimanapun, masih ramai yang berasa ragu tentang kandungan bahan pewarna tersebut serta keupayaan untuk menyerap air walaupun syarikat pengeluar mendakwa produk mereka patuh syariah.

Anda yang ingin 'up to date' dengan trend terkini tanpa menggunakan produk komersil bolehlah mencuba cara semulajadi yang dikongsikan Brilio ini.

Paling penting, tiga ramuan dapur yang digunakan ini juga dapat membantu melambatkan 'proses penuaan' pada rambut anda atau beruban.

Bahan-bahan:

1 sudu besar serbuk kopi

1 sudu besar gel lidah buah

1 sudu besar minyak kastor

Cara penyediaan:

1. Masukkan serbuk kopi ke dalam bekas bersesuaian.

2. Campurkan gel lidah buaya ke dalamnya dan aduk hingga sebati bersama minyak kastor.

4. Kemudian ambil campuran sebatian tersebut dan sapu pada rambut serta kulit kepala.

5. Biarkan kering di kepala selama 20 minit.

6. Bilas dengan syampu dan air suam sehingga bersih. Kemudian keringkan menggunakan tuala.

7. Untuk mendapatkan kesan segera, lakukannya sebagai rutin harian anda.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain