suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga hampir RM3,000, ada kesan terkucil dalam seluar... Apa istimewa jeans corak tompok air di kelangkang?

Koleksi terkini Jordanluca yang mendapat perhatian masyarakat

FESYEN yang pelik dan aneh sentiasa mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, sepasang seluar jeans denim keluaran Jordanluca yang mempunyai kesan gelap besar di sekitar kawasan kelangkang menjadi perhatian.

Keunikan rekaan tersebut membuatkan koleksi yang dipamerkan semasa musim gugur dan sejuk itu dikecam kerana kelihatan seperti 'kesan air kencing'.

Meskipun menjadi bahan jenaka warga maya, jenama fesyen Itali-British itu habis dijual dengan harga sekitar £500 (kira-kira RM2,990) setiap satu.

Ramai warga maya memberikan pandangan masing-masing berhubung koleksi berkenaan.

"Anda tidak hebat melainkan anda kencing dalam seluar.

"Tidak perlu lagi menunggu di bilik mandi! 'Lepaskan' saja dalam seluar dan nyatakan ia adalah reka bentuk denim," ujar beberapa warga maya.

Jordanluca diasaskan pada 2018 oleh Jordan Bowen dan Luca Marchetto yang terkenal dengan reka bentuk unik, termasuk seluar jeans dengan zip melintang di bahagian kelangkang atau baju dengan bukaan lengan dan kepala di kedua-dua hujungnya. - Mirror.co

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain