suria

Nak buang sayang, disimpan pula semak... Ini idea guna semula baju lama anak, boleh jadi selimut!

Seorang wanita memberikan idea untuk mengitar semula pakaian lama anak-anak.

APABILA menyelongkar almari, pasti tersimpan banyak pakaian lama yang sudah tidak digunakan.

Antara yang terselit dalam timbunan itu tentunya pakaian anak-anak ketika kecil dan sudah tidak lagi dipakai atau diwarisi.

Biasanya, pakaian ini masih disimpan oleh ibu dan bapa disebabkan baju tersebut memiliki nilai sentimental tersendiri.

Namun, ruangan almari yang semakin sempit membuatkan mereka terpaksa membuang pakaian anak-anak tersebut untuk menyimpan baju dan seluar baharu.

Terdapat satu cara yang boleh dilakukan untuk mengosongkan almari tetapi masih memiliki barang yang mempunyai memori tersendiri itu.

Wanita dikenali sebagai Ain Amira berkongsi idea untuk menggunakan pakaian terpakai agar dijadikan barang yang boleh digunakan semula.

Hasil jahitan pakaian lama yang dijadikan selimut oleh Ain.

Sebagaimana dikongsikan wanita ini, dia menjadikan setiap pakaian tersebut sebagai selimut yang selesa.

Jika dilihat pada hasil cantuman pakaian tersebut, pembuatan nampak mudah.

Anda hanya perlu memotong pakaian-pakaian tersebut dalam satu saiz yang sama.

Kemudian, jahitkan setiap potongan kain sehingga membentuk satu selimut besar.

Selain dapat mengimbau kenangan, cara ini juga merupakan satu kaedah kitar semula barangan yang tidak lagi digunakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain