suria

Kalau kena dengan gaya, orang ‘plus size’ pun boleh nampak elegan... Tapi perlu eksperimen dulu sebelum keluar rumah

Warna dan jenis material amat memainkan peranan penting dalam berfesyen.

KEBANYAKAN wanita yang berbadan besar atau plus size cenderung merasa rendah diri untuk bergaya mahupun mengikut trend fesyen masa kini.

Jika mempunyai perasaan seperti ini, mungkin anda belum menemukan 'aura' sendiri kerana pelbagai gaya boleh disesuaikan mengikut keadaan mahupun majlis.

Paling utama adalah anda mengetahui warna serta material yang sesuai dengan diri sendiri terlebih dahulu.

Bagi yang masih mencari-cari gaya dan outlook, bolehlah cuba tip yang dikongsikan pempengaruh Nur Aliah Mohamad Sarifuddin atau lebih dikenali sebagai Kak Sue ini.

Warna senada akan memberikan kesan harmoni.

1. Gunakan warna senada

Ramai wanita yang bimbang untuk menggayakan warna senada dari bahagian kepala sehingga ke kaki.

Bagi anda yang masih ragu-ragu, bolehlah mencuba warna pastel supaya kelihatan lebih ayu dan sopan.

Pun begitu, pastikan anda sudah mengetahui jenis rekaan pakaian dan material sebelum memilih warna kegemaran untuk dieksperimentasi ya!

Jeans

2. Denim juga sesuai digayakan plus size

Denim sememangnya sesuai dengan sesiapa sahaja sama ada mereka yang bersaiz besar mahupun kurus.

Jika anda mempunyai berat melebihi 60 kilogram ke atas, bolehlah mencuba denim potongan bootcut atau skirt potongan A dan duyung.

Sesuaikan juga dengan jaket yang lebih loose supaya tampak lebih menawan.

Pemilihan jenis skirt dan warna memainkan peranan penting dalam penggayaan

3. Pilihan material yang bersesuaian

Pemilihan jenis skirt dan warna memainkan peranan penting dalam penggayaan, disebabkan itu kebanyakan wanita bersaiz besar tidak gemar mengenakan material kulit.

Bagi anda yang inginkan kelainan, apa kata mencuba outlook ini.

Jangan lupa padankan dengan kasut kulit atau jenis boot potongan tinggi.

Solekan juga memainkan peranan penting dalam tata rias

4. Solekan yang menyerlah

Solekan juga memainkan peranan penting dalam tata rias dan penampilan.

Bayangkan anda sudah mengenakan pakaian yang vogue, tetapi solekan pula tidak sesuai... pastinya penampilan anda akan kelihatan pelik.

Tak perlu solekan tebal untuk tampil menarik ya!

Padanan tali pinggang juga dapat memberikan kesan menarik pada gaya

5. Aksesori juga penting

Padanan tali pinggang juga dapat memberikan kesan menarik pada gaya anda.

Sama ada menggunakan jenis besar mahupun kecil, ia bergantung pada jenis pakaian yang digayakan.

Bagi Kak Sue, keberanian merupakan kunci utama untuknya dalam berfesyen supaya dapat tampil lebih cantik dan menarik.

"Saya pun mula daripada tabiat yang suka pakai warna hitam saja. Tapi warna yang lebih cerah pun sebenarnya boleh menaikkan seri kita.

"Bukan sekadar warna sahaja, pilihan baju perlu mengikut jenis bentuk tubuh supaya dapat lebih keyakinan ketika bergaya.

"Mungkin sesetengah baju dekat orang kurus lebih cantik sebab badan dia ‘slender dan tall’ tapi macam saya yang jenis pear shape, saya kene pilih baju jenis midi dress, atau skirt sebab dia lebih flattering untuk bentuk tubuh saya," ujarnya.

Tambahnya, semua wanita dilahirkan cantik tetapi perlu melakukan eksperimen terlebih dahulu bagi mendapatkan pakaian yang bersesuaian.

"Ada orang suka prominent looks, ada orang suka classy, ada orang suka juga minimalist. Itu semua pendapat masing-masing, tetapi akhirnya pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh adalah perkara utama," jelasnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain