suria

Ketengah rekaan unik, Fesyen AEON tampil dengan tema pakaian jalanan Anime

Gaya jalanan Naruto antara yang diketengahkan dalam AFP kali ini.

PRATONTON Fesyen AEON (AFP) kembali dengan persembahan koleksi rekaan segar dan bertenaga bertemakan Anime jalanan, denim dan perayaan khusus untuk golongan muda.

Malah kalendar 2024 mereka sudah disusun dengan kejutan Anime daripada Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.

Sama ada Anime cyberpunk minimalis yang anggun atau warna manga klasik yang terang, koleksi AEON SELECT mengetengahkan rangkaian koleksi yang pelbagai dan menarik untuk peminat fesyen.

Bagi meraikan inovasi pereka generasi seterusnya, pelajar jurusan fesyen Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TARUMT) daripada Fakulti Komunikasi dan Industri Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam menggayakan semula koleksi Naruto dengan mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik dan aksesori berinspirasikan Anime.

Tema warna anime Demon Slayer antara koleksi yang dipertontonkan.

Tema warna Anime Demon Slayer antara koleksi yang dipertontonkan.

Menurut Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen, edisi AFP kali ini tidak lagi terhad kepada piawaian yang sempit.

“AEON sudah lama menerima kepelbagaian bentuk badan, saiz, etnik, jantina dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz yang inklusif, pakaian yang boleh disesuaikan dan pilihan mampu milik tetapi bergaya.

“Fesyen kini merupakan platform ekspresi diri yang berinteraksi kepada orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

“Ia juga bertepatan dengan kolaborasi bersama Steven Sunny yang menggunakan #ownwhatyouwear yang dicetuskan oleh AEON sejak tahun lalu dengan kurator gaya yang luar biasa dan ikonik,” katanya.

Tambahnya, AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja mencerminkan masyarakat, bahkan sebagai pemangkin kepada perubahan positif.

“Trend bukanlah tentang keterangkuman dan kebolehcapaian, ia adalah unjuran industri fesyen yang lebih menyayangi dan representatif,” tambahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain