suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malu tumit buruk? DIY ‘losyen’ guna 3 bahan tersedia di rumah, sapu di bahagian merekah dan hitam

Tumit yang merekah boleh menyebabkan rasa malu dan tidak selesa.

KEADAAN tumit yang merekah dan hitam boleh menjejaskan tahap keyakinan seseorang.

Ketika memakai kasut, masalah ini mungkin tidak begitu serius tetapi rasa tidak selesa akan timbul apabila kasut atau stoking dibuka.

Rekahan di tumit berpunca daripada kulit kering dan menebal yang dikenali sebagai ‘callouse’.

Sewaktu anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan mengembang dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.

Faktor-faktor lain yang menjadi punca rekahan termasuklah sering berdiri terlalu lama, berjalan tanpa alas atau kasut dan penggunaan sabun yang mengeringkan kulit.

Madu dan minyak kelapa dara antara bahan yang digunakan untuk melembabkan tumit.

Rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembab yang dikhususkan untuk kawasan tumit.

Bagi mereka yang kurang percaya dengan produk dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri ‘losyen’ di rumah.

Dikongsikan oleh Zuriaty_Musa di TikTok, wanita ini mencampurkan tiga bahan mudah diperolehi iaitu gel aloe vera, madu dan minyak kelapa dara di dalam bekas.

Bahan tersebut perlu dikacau sebati, sererusnya disapu setiap hari terutama pada waktu malam secara konsisten bagi menghilangkan rekahan pada tumit kaki.

Menurut Zuriaty, kandungan trigliserida dalam minyak kelapa dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit.

Selain itu, kandungan vitamin A dan E dalam lidah buaya juga bersifat antioksida dan anti inflamasi boleh membantu merawat masalah ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain