suria

Pening fikir OOTD ketika travel? Jangan gelisah, Rizman Ruzaini dah ada koleksi bercuti

Antara koleksi RR Cruise yang mencuri perhatian.

RIZMAN Ruzaini mengembangkan lagi empayar fesyen mereka apabila melancarkan koleksi bercuti di bawah label RR Cruise buat penggemar jenama berkenaan.

Salah seorang pengasasnya, Rizman Nordin, 37, berkata, koleksi RR Cruise ready to wear ini dihasilkan khusus buat pelanggan yang ingin tetap bergaya ketika bercuti dalam atau luar negara.

Apa lebih penting kata Rizman, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dan mampu milik iaitu bermula dengan RM99.

"Koleksi RR Cruise ini bermula dengan harga RM99 dan ke atas bergantung kepada koleksi-koleksi yang dikeluarkan.

Rizman Ruzaini lancar koleksi bercuti di bawah label RR Cruise.

Rizman dan Ruzaini mahu masyarakat Malaysia berani dalam menggayakan fesyen.

"Kami mahu orang Malaysia bergaya dengan harga berpatutan tetapi kualitinya setanding koleksi jenama luar negara.

"RR lebih tekankan kepada konsep now everyone can wear, kerana koleksi yang dikeluarkan harganya sangatlah berpatutan," katanya kepada mStar.

Rizman berkongsi perkara itu menerusi sidang media pelancaran RR Cruise yang diadakan di Flagship Store Shopee, Four Seasons Place, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini tubuh RR Empire, mahu bantu orang ramai jana pendapatan tanpa modal... siap dapat latihan percuma!

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Fazura didakwa bermasalah, ini jawab Rizman Ruzaini!

Bercakap lanjut mengenai koleksi RR Cruise yang dilihat berani menggunakan warna pendarfluor, Ruzaini atau Wan Ruzaini Wan Jamil, 37, berkongsi dia dan Rizman gemarkan fesyen dengan warna unik.

Ia sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri si pemakai kerana ia memerlukan keberanian untuk 'carry' warna terang.

"Sebenarnya kami mahu mencipta trend fesyen warna-warna yang unik seperti warna neon kerana kami lebih suka kepada sesuatu yang luar biasa.

RR2

Rizman Ruzaini janjikan kepuasan kepada pembeli jenama mereka.

"Kami nak masyarakat Malaysia berani menggayakan fesyen dengan warna sebegitu ketika bercuti," katanya.

Oleh kerana permintaan tinggi dalam kalangan pembeli, Rizman memberitahu 2023 nanti, koleksi fesyen raya jenama RR ini akan didatangkan dengan koleksi pelbagai saiz.

Katanya, Rizman Ruzaini tidak hanya tertumpu kepada koleksi pakaian, beg tangan dan tudung tetapi terdapat juga koleksi kasut serta barangan rumah dengan harga berpatutan.

"Tahun hadapan kami akan keluarkan koleksi raya dari saiz XS sehingga ke XXXL dengan kualiti tinggi dan corak semasa. Ia khas buat masyarakat Malaysia yang ingin berfesyen pada hari raya nanti," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain