suria

Tak sempat tempah baju nikah? Tenang... Bulan Bintang ada koleksi RTW buat bakal merpati dua sejoli

Koleksi Bulan Bintang pasti membuatkan anda kelihatan 'wow' pada hari bahagia.

PILIHAN Raya Umum sudah, pelantikan Perdana Menteri ke-10 juga sudah.

Menjelang akhir tahun ini, pastinya ramai pasangan sedang sibuk membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Maklumlah, cuti persekolahan pun sudah tiba dan kemelut politik negara juga sudah stabil.

Bagi anda yang masih tercari-cari baju nikah dan tak sempat untuk membuat tempahan, apa kata semak koleksi terkini daripada Bulan Bintang.

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen ‘baggy’ longgar tapi ada stail! 4 cara ini bantu muslimah berfesyen tanpa nampak gemuk, selekeh

Seperti tahun-tahun sebelumnya, jenama Bulan Bintang memang tidak lari dengan perkara-perkara yang tular di media sosial.

Malah tahun ini gempar di aplikasi Twitter apabila jenama pakaian lokal pertama memaparkan video animasi 3D Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya, duta jenama Bulan Bintang di papan iklan berhadapan menara KLCC.

FiSodDRaAAAgQgO

Pengantin lelaki segak menggayakan baju Melayu berwarna grey manakala pengantin perempuan cantik manis berbaju kurung daripada koleksi Thea.

Menjadi pilihan utama orang ramai untuk mencari koleksi pakaian lelaki dan wanita, Bulan Bintang buat pertama kalinya menampilkan 20 koleksi nikah ready-to-wear yang boleh dipadankan dengan 13 pilihan warna baju Melayu duchess.

Rekaan premium yang menekankan konsep tradisional dan kontemporari dengan harga mampu milik menerima sambutan baik daripada bakal mempelai.

Ini kerana kepelbagaian rekaan busana nikah seperti kebaya, mini kurung yang didatangkan dengan lace dan sulaman eksklusif memberi kepuasan kepada pelanggan dalam memilih jenis rekaan yang diminati.

Menurut pemiliknya, Azzim Zahid, busana nikah Bulan Bintang boleh dimiliki pada harga yang berpatutan dengan rekaan yang seolah-olah ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka.

FiYrrMxagAE-Dwv

Busana rona putih cukup kelihatan menawan.

Sempena pelancaran koleksi nikah ini, Bulan Bintang sekali lagi tular dengan peraduan giveaway di mana 50 pasang baju nikah percuma akan diberikan pada pasangan yang bakal bernikah.

Melalui perkongsian di Instagram, cara untuk memenangi peraduan ini amat mudah di mana pengikut hanya perlu menjawab soalan yang diberikan di ruangan komen selain dari like dan repost.

“Peraduan giveaway yang dianjurkan adalah salah satu tanda penghargaan khas buat semua yang sentiasa menyokong kami sejak dari dulu lagi.

“Bulan Bintang sangat gembira untuk jadi sebahagian daripada hari bersejarah setiap bakal pengantin,” tambahnya.

Bulan Bintang berharap setiap rekaan yang bakal dimenangi akan membawa keterujaan dan membawa makna berharga buat setiap bakal pengantin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain