suria

Tampil muda, stylo dengan 5 gaya crop top ini... mampu buat anda nampak tinggi!

Wanita berhijab juga boleh menggayakan look daripada crop top.

GAYA crop top semakin digemari remaja masa kini.

Selain memberi sentuhan yang trendy dan stylo, konsep rekaan ini memberi nilai tambah pada 'ketinggian'.

Penampilan ini sangat mudah digayakan jika anda bijak untuk suai padannya.

Wanita muslimah juga sudah mula menggayakannya dan terlihat anggun dengan konsep mix and match tanpa mendedahkan aurat!

Ingin tampil sederhana tapi trendy, apa kata anda cuba beberapa look dari Okezone ini.

skirt

1. Crop top dengan skirt denim

Padanan ini memang tidak asing lagi. Wanita di lewat usia 30-an juga gemar menggayakan style ini kerana nampak lebih moden dan muda dari usia.

Bagi anda yang sering mengejar masa, padanan ini sangat sesuai digayakan, tidak perlu waktu yang lama untuk bersiap. Fokus pada make-up sahaja ya!

palazzo

2. Crop top dengan palazzo

Untuk anda yang ingin tampil elegan tapi enggan kelihatan sarat, boleh cuba padankan crop top dengan palazzo.

Gaya ini sangat sesuai untuk menghadiri majlis formal, tambahkan sedikit aksesori seperti rantai atau anting-anting panjang beserta kasut tumit tinggi.

Namun, pastikan pemilihan warna yang sesuai ya.

jeans

3. Crop top dan jeans

Seluar jeans adalah item yang paling mudah digayakan dan sesuai pada bila-bila masa saja.

Apabila anda mix and match dengan crop top, penampilan anda nampak lebih ranggi. Lebih-lebih lagi jika mengenakan rekaan lower cut, anda akan kelihatan tinggi apabila bergambar.

jaket

4. Crop top dan jaket

Padanan crop top dan jaket kulit paling mudah digayakan jika anda ingin keluar bersantai bersama rakan-rakan.

Menggunakan tona warna yang sedondon akan memperlihatkan penampilan anda lebih stylo.

Pilih saja jaket idaman anda, sama ada kulit, jeans mahupun material lembut.

flared

5. Flared crop top

Jika anda ingin menyerlahkan sifat kewanitaan dan mengekalkan konsep minimalis, gayakan saja flared crop top ini.

Anda boleh padankan look ini dengan seluar pendek, jeans mahupun slack dan blazer untuk ke pejabat.

muslimah

Untuk wanita muslimah pula, kebanyakannya akan mengenakan crop top dengan inner sedondon.

Pemilihan corak dan warna tudung yang sesuai menambahkan lagi keayuan sambil mengikuti trend masa kini.

Ada juga yang gemar menggayakan jaket jenis crop top bagi memberi kelainan pada penampilan. Walau apa jua, tampil yakin dengan gaya anda ya!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain