suria

Karakter popular manga 'One Piece' kini tampil bergaya dalam bentuk kasut!

Lima koleksi Skechers X One Piece yang diinspirasikan daripada kartun manga The Battle of Marineford kini berada di pasaran. Foto Instagram @skechersmalaysia

APABILA sebut mengenai komik manga, One Piece menjadi salah satu bahan bacaan kegilaan walaupun sudah lebih 20 tahun dilancarkan!

Berita baik buat penggemar manga itu...apabila jenama kasut terkenal, Skechers tampil dengan koleksi eksklusif terbaharu mereka, Skechers X One Piece Collection yang mengetengahkan lima karakter daripada manga popular itu... Fuhh!

Buat peminat siri itu, tidak perlu gusar kerana Skechers tampil dengan lima koleksi sekaligus berdasarkan watak-watak utama manga itu - Monkey D. Luffy, Portgas D. Ace, Trafalgar D. Water Law, Marshall D. Teach dan Jinbe.

Skechers mengetengahkan rekaan klasik namun lengkap dengan teknologi Foam Memory Cooling Air bagi keselesaan pemakai. 

Untuk rekod, One Piece karya Eiichiro Oda adalah manga paling laris jualannya iaitu sebanyak 430 juta naskhah telah terjual di seluruh dunia.

Kejayaan itu turut membolehkan ia diadaptasi ke watak animasi dan sehingga kini sebanyak 890 episod telah diterbitkan.

Jangan tak tahu! Manga juga diangkat ke layar perak selain dijadikan permainan video malah di Jepun sebuah taman tema berdasarkan manga itu dibuka kepada pengunjung. Hebat bukan?

Berbalik kepada koleksi itu, menariknya reka bentuk dihasilkan daripada Skechers D'Lites 3.0 yang mengetengahkan rekaan klasik diperbuat daripada kulit serta disulam dengan kain sintetik dan mesh.

Penyanyi sensasi Nabila Razali turut memakai kasut keluaran terbaharu Skechers.

Setiap rekaan untuk lima koleksi itu, tampil dengan warna berbeza dalam melambangkan setiap karakter yang ditampilkan.

Tidak hanya memberi fokus kepada bentuk luaran, Skechers X One Piece turut didatangkan dengan teknologi Foam Memory Cooling Air bagi keselesaan pemakai yang juga signature jenama itu.

Koleksi itu yang kini sudah pun berada di pasaran dijual pada harga RM459 sepasang.

Artikel Lain