suria

Gambar hantu atas bangunan universiti tular... Pelajar buka cerita pernah diganggu - “Kepala tanpa wajah, suka bertenggek di tingkap bilik”

Gambar yang tular memperlihatkan makhluk berdiri di atas bumbung bangunan sebuah kolej kediaman universiti.

KISAH seram di sekolah atau universiti terutamanya di kawasan terpencil atau menggunakan bangunan lama sudah menjadi sinonim dalam kalangan penuntut.

Belajarlah di universiti mana pun, pasti ramai daripada kita pernah dimomokkan dengan kisah turun temurun yang menyeramkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik terkena gangguan seksual, wanita tularkan gambar bogel lelaki di FB temui ajal akibat disihir

Seperti baru-baru ini, tular gambar memperlihatkan kelibat makhluk dalam persalinan putih sedang berdiri di atas bumbung dipercayai kolej kediaman sebuah universiti di utara tanah air.

Meskipun ada sangsi ketulenan gambar tersebut, namun beberapa penuntut universiti itu tampil mempertahankan keasliannya selain berkongsi kisah pernah ternampak kelibat sama.



Meskipun ada mengatakan gambar itu palsu namun ramai pelajar universiti itu tampil menceritakan pengalaman mereka.

Kelibat kepala tanpa wajah bergayut di dinding

Seperti dikongsikan oleh Kamarul (bukan nama sebenar) di Facebook, dia sendiri pernah melihat dengan matanya sendiri ketika dalam perjalanan pulang ke bilik asrama bersama tiga lagi rakannya.

Ketika kejadian mereka baharu sahaja pulang dari fakulti ke kolej kediaman selepas seharian menyelesaikan tugasan berkumpulan.

Bukan sahaja Kamarul, tetapi salah seorang rakannya iaitu Jimmy yang berbangsa Cina turut melihat kelibat tersebut sedang merangkak di tepi dinding untuk naik ke atas bumbung asrama mereka.

Paling menakutkan apabila 'benda' tersebut mengusap kepala sehingga saya terkasima tidak dapat berkata apa-apa.

KAMARUL

PELAJAR UNIVERSITI

"Sebaik turun sahaja daripada bas, 'deria' keenam saya tiba-tiba rasa lain macam... Sangkaan saya betul apabila Jimmy turut mencuit pinggang saya tetapi dia tidak bercakap apa-apa.

"Kebetulan saya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, jadi saya bertanya kepadanya apa yang dia lihat. Dia beritahu ternampak seorang 'lelaki' sedang bergayut di dinding," katanya.

Kamarul memberitahu dia berkomunikasi dalam bahasa Mandarin kerana tidak mahu dua lagi rakan mereka berasa terkejut dengan apa yang mereka lihat.

Bagaimanapun kata Kamarul, dia tidak melihat 'lelaki' yang dimaksudkan Jimmy sebaliknya kelibat kepala tanpa wajah berbadan hitam sedang merangkak laju ke atas bangunan.



Kelibat itu akan berdiri di tingkap dan mengusap wajah pelajar yang sedang duduk di meja pelajar.

Bertenggek di tingkap, usap kepala

Ketika berjalan ke biliknya, Kamarul bertambah gementar apabila melihat kelibat sama bertenggek di atas bingkai tingkap yang tidak ditutup.

"Tingkap menghadap meja belajar... bayangkan mereka yang sedang belajar diperhatikan oleh makhluk itu tapi mereka tak sedar.

"Paling menakutkan apabila 'benda' tersebut mengusap kepala sehingga saya terkasima tidak dapat berkata apa-apa," ujarnya.

Enggan melayan perasaan takut, Kamarul cuba mengalihkan perhatian dengan berbual dengan Jimmy sebelum wajahnya tiba-tiba bertukar pucat kerana lelaki yang dilihatnya tadi bertukar menjadi makhluk hitam menakutkan.

"Kami saling berpelukan kerana takut sampaikan dua lagi rakan ingat kami bergurau tapi sebenarnya kami terkejut sampai mulut saya tak henti-henti baca ayat Kursi.

"Ia barangkali pengalaman paling menyeramkan pernah saya alami sepanjang belajar di sana tetapi Alhamdulillah tiada kejadian buruk menimpa kami," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain