RAMAI dalam kalangan kita akan menghampar permaidani apabila tiba musim perayaan atau menganjurkan majlis. Kemudian karpet yang telah selesai digunakan akan disimpan semula bagi mengekalkan kebersihannya. Meskipun tersimpan rapi, habuk akan melekat pada permaidani sehingga coraknya nampak kusam dan kotor apabila ingin kembali digunakan.Bagi yang mengalami masalah sama, apa kata anda mencuba teknik yang dikongsikan Syarifah Farhana Syed Fadzil di laman Facebook. Tak perlu lagi bersusah payah angkut ke kedai dobi. Bahan-bahan:MopAir sebaldi2 sudu garam kasar1 penutup Pure DettolCara-caranya:1. Didihkan air dan rendam mop.2. Letak garam kasar dan juga Pure Dettol.3. Perah mop sehingga tiada air menitis.4. Kemudian mop karpet.5. Apabila selesai anda akan lihat air mop tadi berwarna coklat dan kotor. 6. Selepas itu biarkan karpet kering.