suria

Topeng muka lutsinar bukan satu fesyen, direka untuk bantu golongan pekak berkomunikasi

Cross mencipta topeng muka lutsinar untuk kemudahan orang yang mengalami masalah pendengaran dan pekak.

SEGELINTIR individu yang mengalami masalah pendengaran pastinya sukar untuk berkomunikasi secara normal dengan orang lain yang memakai topeng muka.

Individu yang mengalami masalah pendengaran atau pekak kebiasaannya membaca gerak mulut orang lain ketika berkomunikasi.

Memahami masalah yang dialami golongan tersebut, seorang wanita Claire Cross, 45, menjahit 100 keping topeng muka lutsinar di bahagian mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Malas cuci topeng muka kain? Awas wajah ‘dimakan’ kulat dan bakteria

Cross menggunakan kepingan plastik di bahagian mulut pada topeng muka dan menganggapnya penting bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Rakyat di Britain diwajibkan memakai topeng muka ketika menggunakan kenderaan awam bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19.

Persatuan Kanak-Kanak Pekak Kebangsaan (NDCS) mengatakan penggunaan penutup muka boleh membantu orang pekak kerana mereka sering bergantung pada pembacaan bibir.



Topeng muka lutsinar turut digunakan oleh jururawat dan doktor di klinik untuk memudahkan komunikasi.

Salah satu kumpulan badan amal untuk golongan cacat pendengaran terkemuka memberi amaran bahawa berjuta-juta orang pekak boleh menghadapi 'bulan penderitaan' kecuali topeng muka yang telus disediakan secara meluas.

Hampir kesemuanya bergantung kepada wajah seseorang dengan jelas untuk membaca bibir atau ekspresi wajah. Ia termasuk mereka yang berkomunikasi melalui bahasa isyarat.

"Saya mula membuat (topeng muka lutsinar) ini di samping penutup muka standard selepas beberapa rakan yang bergantung pada pergerakan bibir ketika berkomunikasi.



Pemakaian topeng muka diwajibkan untuk semua orang di Britain terutama ketika menggunakan pengangkutan awam.

"Saya berkongsi apa yang saya lakukan dan mempunyai banyak permintaan bukan hanya daripada orang yang bergantung kepada pergerakan bibir, sebaliknya untuk jururawat dan doktor yang bekerja di klinik pertuturan.

"Permintaan itu pasti ada, tidak ada sebab mengapa orang pekak dan pendengaran harus mengalami halangan komunikasi yang lain," jelas Cross. - Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain