suria

Obses filem The Lord of the Rings dan watak Frodo Baggins, lelaki ini hidup sebagai hobbit!

Nicolas hidup sebagai hobbit sejak 2018.

NICOLAS Gentile adalah seorang lelaki berusia 37 tahun berasal dari Itali yang juga seorang penggemar karya fantasi J.R.R. Tolkien.

Obsesinya terhadap karya Tolkien seperti The Lord of the Rings dan The Hobbit telah membuatkan Nicolas menjalani kehidupan seperti hobbit.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini digelar ‘The Real Tony Stark’ selepas cipta tangan prostetik menggunakan Lego

The Hobbit adalah salah satu filem karya Tolkien dan watak utamanya Frodo Baggins dilakonkan oleh Elijah Wood.

Nicolas adalah seorang cef dan sejak kecil dia cukup gemar membaca buku-buku tulisan Tolkien dan filem adaptasi daripada karya penulis terkenal itu.

184798325_756235381733796_5371030796234506078_n

Isteri dan dua anaknya turut hidup dalam 'dunia' hobbit.

Dari situ dia mula menjadi obses dengan watak-watak yang digambarkan dalam filem The Lord of the Rings dan The Hobbit hinggakan memutuskan untuk menjalani kehidupan seperti Frodo dan rakan-rakannya.

"Beberapa tahun lalu, saya tersedar bahawa membaca dan menonton karya Tolkien tidak memuaskan fantasi saya. Atas sebab itu saya menjalani kehidupan seperti digambarkan kerana ingin merasai sendiri rasanya," katanya.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Nicolas sanggup membeli dua ekar tanah di sebuah kawasan perkampungan di Abruzzo, Itali pada 2018.

Dia membina sendiri 'perkampungan' hobbit seperti digambarkan dalam filem berkenaan dan sejak itu, dia bersama keluarganya tinggal di situ.

242380772_296675611789288_8325870078157533150_n

Peminat-peminat filem itu turut berkunjung ke perkampungan hobbit yang dibina Nicolas.

Tidak hanya itu, dia dan keluarganya turut berpakaian seperti hobbit selain mengadakan majlis menari dan menyanyi seperti di dalam filem.

Enggan memberitahu pelaburan yang dikeluarkan untuk merealisasikan impian itu, Nicolas bagaimanapun memberitahu semua simpanannya licin kerana obsesinya itu.

Sejak tinggal di Abruzzo, Nicolas dan keluarganya menjadi tumpuan media malah peminat filem The Lord of the Rings dan The Hobbit sering menyertainya di situ dan melakukan pelbagai aktiviti.

Malah Nicolas dan beberapa peminat lain turut berjalan kaki sekitar 180 kilometer ke Gunung Vesuvius untuk melemparkan replika cincin ke dalam kawah seperti dalam filem The Lord of the Rings.

241481014_1465859617101584_7706187583398933112_n

Nicolas bersama peminat-peminat filem The Lord of the Rings dalam perjalanan ke Gunung Vesuvius.

"Kami berjalan sejauh 180 kilometer melewati gunung, hutan, sungai malah pernah tersesat. Sepanjang perjalanan juga kami banyak bertemu dengan pelbagai individu yang membantu kami sampai ke Gunung Vesuvius," katanya.

Kini, Nicolas berhasrat untuk mengembangkan perkampungan hobbit itu sebagai destinasi pelancongan bagi membolehkan pengunjung terutamanya peminat filem itu merasai sendiri kehidupan sebagai hobbit.

"Projek ini bukan nak cari untung tetapi lebih kepada ingin memberi pengalaman luar biasa kepada pengunjung tentang kehidupan sebagai hobbit," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Messi menang anugerah Ballon d'Or