Temui cinta sejati di pejabat selepas gagal kali pertama... mahligai dibina 29 tahun kekal hingga kini

Norzalina dan Ahmad sudah melayari bahtera perkahwinan selama 29 tahun!

PASANGAN pesara, Ahmad Zabidi Omar dan isteri, Norzalina Haron, rancak berkongsi cerita mengenai sambutan hari jadi dua cucu perempuan mereka - Ajwa Dayana Lo, 4 dan Adni Dayana Lo, 1 baru-baru ini.

Norzalina, 54, menunjukkan gambar-gambar sambutan itu yang bertemakan Frozen dari telefon bimbitnya. Ceritanya, lebih 40 tetamu menghadiri majlis itu temasuk enam anaknya dan saudara mara.

Meniti usia senja, Norzalina dan Ahmad, 55, memberitahu mereka kini banyak meluangkan masa bersama lima cucu mereka dan apabila tiada sebarang urusan, mereka gemar bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkit selepas setahun lumpuh, wanita ‘besi’ ini mahu lahirkan usahawan kaya raya

"Dua tahun lalu, kami ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Tahun ini, kami merancang bercuti ke New Zealand atau Balkan. Suami beritahu dia merancang sesuatu istimewa untuk saya," kata Norzalina yang juga seorang bekas eksekutif kanan.

Pada waktu lapang, pasangan ini gemar berkebun. 

Kegagalan perkahwinan pertama buat Norzalina tutup pintu hati!

Ahmad dan Norzalina melayari rumah tangga sejak 29 tahun lalu namun kisah cinta mereka sebenarnya hampir tidak berlaku.

Ini kerana kata Norzalina, ketika mereka bertemu dia masih terkesan dengan kegagalan perkahwinan pertamanya dan tidak lagi percaya kepada lelaki.

Malah keluarga Ahmad juga menentang hubungan yang dijalin dengan seorang ibu tunggal beranak satu.

Tetapi Ahmad enggan berputus asa hanya kerana keraguan Norzalina dan tentangan keluarganya, malah tetap berusaha mencari cinta sejati.

"Saya pada mulanya takut untuk mencari pengganti. Saya tak lagi percayakan lelaki selepas bercerai. Saya tidak pasti lelaki mana yang serius terhadap saya atau sekadar suka-suka.

Norzalina dan Ahmad turut bekerja di pejabat sama sehingga mereka bersara. 

"Saya bukan sahaja bimbang tentang kepercayaan tetapi isu lain seperti komunikasi, perselisihan mengenai kewangan dan peranan keibubapaan," katanya.

Paling utama katanya, dia bimbang sekiranya bakal suaminya tidak akan menjaga anak lelakinya dengan baik dan kegagalan perkahwinan sebelum ini banyak membuatkan dia lebih berhati-hati.

"Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan menentang kehendak ibu bapa saya tanpa berfikir panjang. Perceraian itu membuatkan saya cukup terluka dan hingga bercakap pada diri sendiri yang saya tidak akan berkahwin semula," jelasnya.

Norzalina bercerai dengan bekas suami pada 1989 ketika usianya baharu 22 tahun dan mempunyai anak lelaki berusia dua tahun.

Namun tanpa di duga, Ahmad muncul dalam hidupnya sebagai rakan sekerja, sebelum perkenalan itu ke fasa seterusnya apabila suaminya sekarang cuba memikatnya.

Ahmad dan Norzalina bersama anak-anak bersempena sambutan hari jadi dua cucu mereka.

Perkenalan di pejabat putik rasa cinta 

"Ahmad adalah rakan sekerja yang sangat ringan tulang. Kami sering makan tengah hari bersama dan saya senang dengan keperibadiannya. Kami akhirnya menjadi kawan rapat," imbaunya.

Meskipun turut menyukai Ahmad, Norzalina bagaimanpun bimbang apabila memikirkan hal berkaitan mendirikan rumah tangga.

Ahmad bagaimanapun tidak berputus asa dan memujuk Norzalina agar memberinya peluang selain menghantar bunga, menumpangkan ke pejabat serta melawat keluarganya di Melaka.

"Norzalina jatuh hati kerana saya kacak dan baik hati. Di mana nak mencari seorang lelaki seperti saya?," gurau Ahmad.

Bagaimanapun apa yang memikat hatinya apabila Ahmad berjaya menawan hati anak lelakinya, Mohd Al Baqlish Lo.

"Walaupun saya pernah bercerai, Ahmad selalu menyokong saya tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Semakin saya mengenalinya, semakin saya jatuh cinta kepadanya.

"Saya tahu dia akan jadi bapa tiri yang baik kepada anak saya. Saya juga sedar bahawa inilah cinta yang saya cari selepas gagal dalam perkahwinan," katanya.

Bagi memastikan sesuatu perkahwinan itu berjaya, sesuatu pasangan itu perlu berusaha dan saling berkomunikasi," nasihatnya yang turut bersyukur kerana membuka hati kepada cinta terhadap Ahmad.

NORZALINA HARON

Tentangan keluarga

Tetapi mereka masih mempunyai satu lagi halangan sebelum disatukan iaitu meyakinkan keluarga Ahmad untuk menerima Norzalina.

"Pada zaman itu, seorang anak bujang yang ingin berkahwin dengan seorang janda adalah sesuatu yang tidak boleh berlaku! Seperti kebanyakan ibu bapa lain, keluarga Ahmad mulanya kecewa apabila tahu saya pernah berkahwin," katanya.

Bagaimanapun tambah Ahmad, selepas keluarganya mengenali Nurzalina, mereka mula menerimanya selepas tahu akan keperibadiannya.

"Hubungan kami akhirnya mendapat restu dan disatukan sebagai suami isteri pada 1991," kongsinya.

Menariknya, pasangan ini kekal sebagai rakan sekerja sehingga mereka bersara pada 2018 dan masih keluar makan tengah hari bersama.

"Kami tidak pernah mempunyai sebarang masalah bekerja di pejabat yang sama memandangkan kami di jabatan berbeza. Kelebihannya kami dapat meluangkan masa makan tengah hari bersama," kata Ahmad.

Memuji suaminya, Norzalina berkata, dia bersyukur Ahmad kekal romantik malah masih memegang tangannya ketika memandu kereta.

"Saya dapat merasai cinta dan kasih sayangnya pada saya. Dia seorang suami dan bapa yang ringan tulang membantu kerja rumah dan memasak," katanya.

Perkahwinan perlukan usaha dan komunikasi

Berkahwin hampir tiga dekad, Ahmad bagaimanapun memberitahu setiap perkahwinan mempunyai naik dan turun, malah mereka juga tidak terlepas daripada ujian dan dugaan.

"Isteri adakalanya boleh menjadi seorang yang panas baran sehingga saya berputus asa dengan perkahwinan kami. Tapi bila saya kenangkan semua memori indah kami bersama, saya tahu ia berbaloi untuk mempertahankannya.

"Norzalina berada di sisi saya, susah dan senang. Apa yang saya telah capai dalam hidup ini adalah kerananya," ujarnya.

Tambah Norzalina, perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, kepercayaan dan kerjasama untuk memastikan ia mampu bertahan lama.

Norzalina mengakui perkahwinan itu sukar dan percaya pasangan mesti bekerjasama untuk membuatnya berfungsi. Untuknya, dia belajar dari kesilapannya yang lalu dan lebih sabar.

"Bagi memastikan sesuatu perkahwinan itu berjaya, pasangan itu perlu berusaha dan saling berkomunikasi," nasihatnya yang turut bersyukur kerana membuka hati kepada cinta terhadap Ahmad.

"Nasihat saya anda kena berani jika ingin menjayakan sesuatu hubungan. Ingat, harapan itu sentiasa ada walaupun selepas merasai kesakitan," katanya. - THE STAR

Cinta, Perkahwinan, Perceraian, Hubungan

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain