suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor kongsi kaedah tradisional rawat ruam seluruh badan… Lega kulit kembali pulih dan bersih

Kulit anaknya menjadi pulih dan bersih seperti sedia kala.

SEGELINTIR individu yang menghidap penyakit alergi mudah mengalami ruam mahupun bengkak kecil pada kulit.

Kebiasaannya, pakar perubatan akan memberikan preskripsi ubat berkaitan mahupun krim untuk mengurangkan kesan dialami.

Namun menurut pemilik akaun Junita Sigar di Thread, dia menerima tip tentang kaedah rawatan untuk anaknya daripada seorang doktor perubatan moden.

Menurutnya, doktor yang merawat memintanya menyediakan campuran tiga bahan dapur untuk disapu pada keseluruhan tubuh anaknya.

"Alhamdulillah, baik dan bersih," jelasnya selepas mencuba tip yang dikongsikan doktor terbabit.

Menerusi ruangan komen, ada yang memanggilnya sebagai gegata, sopak garam dan ludah jin.

Bahan-bahan yang digunakan:

1. Air kapur

2. Bedak sejuk

3. Garam 

Cara penyediaan

1. Campurkan air kapur bersama bedak sejuk dan sedikit garam.

2. Kacau hingga sebati.

3. Kemudian oleskan pada seluruh tubuh dan kawasan alergi.

4. Biarkan sehingga kering dan bersihkan.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia