SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan penapis air jenis 'Reverse Osmosis' (RO) semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Teknologi ini memang diakui sangat berkesan menapis bahan tercemar, logam berat dan bakteria dalam air minuman harian kerana air RO sangat bersih dan jernih. Menurut Public Health Malaysia, ramai yang tak sedar bahawa air terlalu ‘bersih’ pun boleh membawa masalah.Air RO bukan sahaja menapis bahan berbahaya, malah turut menyingkirkan hampir semua mineral penting yang diperlukan tubuh seperti kalsium, magnesium dan kalium. Air jenis ini digelar sebagai air rendah mineral dan ia berpotensi mengganggu keseimbangan nutrisi dalam badan jika diambil secara berterusan tanpa imbangan makanan sihat.Antara kesan kekurangan mineral yang mungkin anda alami tanpa sedar termasuklah:1. Keletihan berpanjangan walaupun tidur cukup2. Kekejangan atau rasa mencucuk pada otot dan jari3. Jantung berdebar tanpa sebab4. Pening atau rasa melayang bila berdiri5. Susah tidur dan mudah cemasPenggunaan penapis air dikatakan memberi kesan kepada kesihatan. -Gambar hiasan AIMenurut pakar, air rendah mineral seperti RO cenderung untuk 'menyerap' mineral dari badan, termasuk dari tulang dan gigi. Jika tidak diimbangi dengan pemakanan yang mengandungi kalsium, mangnesium dan kalium, ia boleh menyumbang kepada risiko seperti:1. Tulang menjadi rapuh dan lenguh2. Gusi mudah berdarah3. Karies gigi4. Risiko osteoporosis (tulang rapuh) meningkatTapi jangan panik kerana ini bukan bermakna anda perlu buang sahaja penapis RO di rumah.Sebaliknya, anda hanya perlu lebih cakna tentang pemakanan dan rutin harian. Ini antara tip mudah yang boleh diamalkan:1. Ambil makanan tinggi mineral setiap hari seperti sayur hijau, kekacang dan produk tenusu2. Pertimbangkan untuk pasang penapis tambahan yang mengembalikan mineral dalam air RO3. Minum air mineral semula jadi secara selang-seli4. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk bantu penyerapan nutrien dengan lebih baik