SESETENGAH individu cenderung memakai pakaian dan kasut sama dalam tempoh yang lama.Namun begitu, tidak semua yang kelihatan elok di luar masih berfungsi dengan baik. Contohnya, kasut yang sudah lama dipakai boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan kaki.Malah, kesan negatif ini sudah tentu lebih dirasai oleh golongan tua yang kebanyakannya mengalami masalah otot dan sendi.Berikut antara risiko akibat memakai kasut yang sudah haus atau tidak sesuai:1. Hilang keseimbangan2. Postur badan yang lemah3. Risiko terjatuh atau rebah4 .Kecederaan kaki atau buku lali5. Melecet dan luka6. KetuatWarga emas perlu memakai kasut yang betul kerana mereka berdepan risiko lebih tinggi berbanding orang muda. -Gambar hiasan AI7. Sakit tulang kering (shin splints)8. Plantar fasciitis (keradangan pada tisu tebal yang menyambungkan tulang tumit ke jari kaki dan menyokong lengkungan tapak kaki)9. Tendonitis Achilles (keradangan atau kecederaan urat besar di belakang buku lali yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit)10. Masalah otot dan sendi kaki yang lainTiga tanda sudah tiba masanya anda tukar kasut1. Kasut rosakBerlubang, koyak, tapak haus atau kusyen dalaman yang tidak lagi menyokong kaki merupakan tanda-tanda kasut anda perlu diganti.Walaupun rupa luarannya masih nampak elok, bahagian dalam yang sudah hilang fungsi boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika berjalan. 2. Sakit kakiJika anda mengalami rasa tajam atau sakit pada kaki, ia mungkin berpunca daripada kasut. Rasa sakit boleh muncul semasa melakukan aktiviti tertentu atau berlarutan selepas kasut ditanggalkan.Jadi, ini mungkin memberi petanda kasut anda sudah tidak elok dan perlu ditukar segera.3. Kasut melebihi usia satu tahunSecara am, pakar ortopedik mencadangkan kasut diganti setiap lapan ke 12 bulan, lebih-lebih lagi jika digunakan secara aktif.Keperluan untuk menukar kasut ini lebih tinggi jika anda menggunakannya untuk aktiviti berat dengan kerap.