suria

Tidur cukup tapi masih penat, asyik lupa hal kecil... Awas anda mungkin alami masalah kabut otak atau ‘brain fog’

Mudah lupa serta kurang konsentrasi adalah antara tanda 'brain fog'. -Gambar hiasan

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana ketika sedang melakukan sesuatu kerja atau ingin berkata sesuatu, anda tiba-tiba terlupa apa yang hendak dilakukan selepas itu?

Apatah lagi ketika berkomunikasi dengan rakan atau melakukan tugas harian, ia menjadi lebih sukar kerana kekurangan konsentrasi.

Jika benar, tahukah anda, ia sebenarnya adalah tanda-tanda awal brain fog.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor dedah ramai ibu hamil silap langkah minum air selusuh... Nak mudah bersalin punya hal, bayi berisiko lemas

Brain fog atau kabut otak merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami kesukaran untuk berfikir dengan jelas, fokus, atau mengingati sesuatu.

Ia bukanlah satu penyakit, tetapi lebih kepada gejala yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Berikut merupakan tanda-tanda yang sering dialami ketika brain fog sebagaimana perkongsian akaun tiktok @afifaxziz:

1) Susah fokus

Anda merasa otak seperti berkabut, fikiran melayang, termenung, dan lambat untuk memproses maklumat.

Contohnya, ia terjadi apabila anda memerlukan lebih masa untuk berfikir atau menyelesaikan tugas tertentu disebabkan kesukaran untuk fokus.

2) Mudah lupa

Kerap terlupa perkara kecil, seperti lokasi kunci kereta, nama orang, atau tempat tertentu. Jika ini berlaku secara berulang kali, ia mungkin petanda brain fog.

fog 2

Bangun tidur tapi masih terasa keletihan adalah salah satu tanda brain fog. -Gambar hiasan

3) Penat walaupun tidur mencukupi

Walaupun mendapat tidur 7-8 jam, anda tetap terasa letih dan tidak bermaya.

Ini mungkin berpunca daripada tidur yang tidak berkualiti, yang boleh menjejaskan fungsi otak dan konsentrasi.

4) Emosi tak stabil

Anda sering mengalami perubahan emosi tanpa sebab yang jelas, seperti rasa marah, sedih, atau gelisah.

Apabila mental berada dalam keadaan letih, ia dapat mengurangkan tenaga serta mencetuskan emosi negatif seperti rasa marah dan tertekan.

Berikut adalah beberapa amalan harian yang boleh membantu mengatasi brain fog, sebagaimana petikan di laman Hello Sehat:

fog 3

Senaman jogging dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak -Gambar hiasan

1) Senaman ringan

Sebagai contoh brisk walk (berjalan laju), regangan badan atau menari. Berdasarkan kajian, melakukan 30 minit aktiviti fizikal setiap hari dapat memperbaiki memori, fungsi kognitif, dan meningkatkan mood.

2) Dapatkan tidur yang berkualiti

Amalkan sleep hygiene seperti elakkan penggunaan gajet sebelum tidur, hindari minuman berkafein pada waktu malam, elakkan makan berat sebelum tidur, membaca buku atau meditasi sebelum tidur.

fog 4

Tidur yang ideal adalan di antara 7 hingga 9 jam sehari. -Gambar hiasan

3) Tambahkan nutrisi penting dalam diet

Kekurangan nutrisi seperti protein, zat besi, vitamin B kompleks, vitamin D, antioksidan, dan omega-3 boleh meningkatkan risiko brain fog. Pastikan diet anda seimbang dan elakkan makanan berproses serta makanan manis yang boleh menyebabkan keradangan dalam badan.

4) Kurangkan stres

Cuba lakukan aktiviti seperti meditasi atau pernafasan dalam, ambil masa untuk berehat dan uruskan tekanan dengan baik serta lakukan aktiviti alam sekitar untuk menenangkan diri.

fog 5

Aktiviti seperti hiking dapat memberi ketenangan kepada minda. -Gambar hiasan

Brain fog boleh diatasi dengan perubahan gaya hidup dan amalan harian yang betul.

Namun, jika gejala ini berterusan atau semakin serius, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan.

Ingat, kesihatan mental dan fizikal adalah kunci kepada kehidupan yang produktif dan bermakna.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain