suria

Was-was wuduk terbatal atau masih ada? Jangan khuatir, ini penjelasan supaya hati tenang fikiran tak serabut

Wuduk ialah salah satu cara untuk menyucikan diri daripada hadas kecil. -Gambar hiasan

LUMRAH bagi setiap manusia mempunyai sifat lupa.

Kelemahan ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi termasuklah ketika mahu melaksanakan ibadah.

Salah satu situasi yang sering dialami adalah wujud rasa ragu-ragu mengenai status wuduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Wuduk guna air banjir? Ustaz Wadi Annuar rungkai 5 persoalan paling kerap ditanya musim bah

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tinggal sebumbung dengan amah dan anak, isteri tiada di rumah... Dr Zulkifli perjelas hukumnya

Sekiranya kita sudah mengambil wuduk dan kemudian terlupa sama ada masih ada atau sudah terbatal, justeru apa yang perlu dilakukan?

Perlukah kita mengambil wuduk semula atau terus menunaikan solat seperti biasa?

Persoalan tersebut dirungkai penuh tuntas sebagaimana yang dikongsikan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

"Firman Allah SWT bermaksud, sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun. (Surah Yunus, ayat 36).

"Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini menyebutkan, sesungguhnya syak tidak memberi nilaian walau sedikit pun ke atas keyakinan. Dan syak sedikit pun tidak menggantikan kedudukan keyakinan serta tidak memberi sebarang manfaat kerana sesuatu itu berhajat kepada keyakinan," tulisnya.

pic 2

Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji. -Gambar hiasan

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya, apabila salah seorang kamu mendapati ada sesuatu di dalam perutnya lalu dia berasa musykil sama ada telah keluar sesuatu dari perut atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehinggalah dia mendengar ada bunyi atau mendapati ada bau. [Riwayat Muslim (362)].

"Kami nyatakan beberapa contoh pengaplikasian kaedah di atas ini agar lebih mudah untuk difahami. Antaranya:

"Dalam isu wuduk, seseorang yang telah selesai mengambil wuduk kemudian dia berasa sangsi dan ragu-ragu sama ada wuduknya telah terbatal atau tidak, maka hendaklah dia berpegang dengan keyakinan bahawa dia masih berada dalam keadaan taharah (suci daripada hadas)," kongsinya.

Bagaimanapun, jika seseorang yang telah batal wuduk dan ragu apakah dia sudah berwuduk kembali atau belum, maka dalam situasi demikian, dia wajib berwuduk kembali (jika mahu menunaikan solat atau ibadah lain) kerana dalam masalah ini, yang yakin adalah batalnya wuduk.

Semoga jawapan berkenaan dapat memberi penjelasan dan kefahaman yang tepat kepada kita semua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain