suria

Amalkan doa Qunut separuh akhir Ramadan... Sesungguhnya Allah malu untuk tidak memakbulkan permintaan hambanya yang angkat tangan berdoa

Antara perkara yang menjadi amalan sunat di separuh akhir Ramadan ialah melakukan bacaan doa Qunut ketika Solat Witir 1 rakaat.

QUNUT berasal daripada perkataan arab yang membawa maksud: taat, khusyuk dan berdiri lama.

Doa qunut merupakan amalan sunnah dalam Mazhab Syafie pada waktu solat Subuh dan ia dilakukan selepas daripada rukuk dalam rakaat kedua.

Separuh Ramadan telah meninggalkan kita. Sama ada kita sedar ataupun tidak Ramadan akan pergi tidak lama lagi. Beruntunglah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh di bulan yang mulia ini.

Bagi mereka yang belum ada kesempatan maka gunakanlah waktu yang ada untuk meningkatkan amal ibadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan asyik berlumba nak khatam al-Quran tapi lupa adabnya... Ketahui 4 kaedah bertadarus di bulan Ramadan

Antara perkara yang menjadi amalan sunat di separuh akhir Ramadan ialah melakukan bacaan doa Qunut ketika solat Witir 1 rakaat.

Ini berdasarkan perbuatan Ali bin Abu Thalib bahawa dia tidak melaksanakan qunut melainkan pada pertengahan akhir bulan Ramadan, dan melaksanakan qunut setelah rukuk. - [HR Tirmizi 426].



Antara ciri-ciri doa yang baik adalah isi doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah.

Telah berkata Imam Nawawi: Di dalam Mazhab Syafie sunnah berqunut pada rakaat terakhir daripada solat Witir di separuh akhir Ramadan. Ini merupakan pendapat yang paling masyhur di dalam mazhab. - (Majmu' Juz 14 m/s 4).

Cara membaca doa Qunut ketika solat witir sama seperti membaca Qunut ketika solat Subuh. Sependek-pendek bacaan ialah dengan memuji Allah dan berdoa kepadaNya dengan sebarang lafaz yang dikehendaki seperti:

Allahumma ghfirli ya Ghafur maksudnya: Ya Allah ampunilah daku wahai Allah yang Maha Pengampun. Tetapi yang lebih baik ialah beriltizam dengan doa yang datang daripada Rasulullah.

Hukum mengangkat kedua-dua belah tangan ketika membaca doa Qunut dengan menadah kedua-dua tapak tangan merupakan sunnah.

Oleh yang demikian di bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan, maka seharus dan sepatutnya kita menggunakan peluang yang ada untuk meminta keampunan kepada Allah.



Bulan Ramadan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan, maka seharus dan sepatutnya kita menggunakan peluang yang ada untuk meminta keampunan kepada Allah.

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Maha Hidup dan Maha Mulia, Dia berasa malu apabila seseorang mengangkat kedua-dua belah tangan kepadaNya dan kembali dalam keadaan kosong tidak membawa hasil. - [HR Tarmizi 3479].

Menerusi hadis itu, Allah bukan sahaja memerintahkan hambaNya berdoa, malah Dia turut mengajar apa yang sepatutnya kita berdoa dan cara terbaik yang perlu kita buat ketika berdoa.

Imam Ibn Ata’ilah berkata: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepadaNya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Setiap doa kita juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri doa yang baik adalah isi doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang dilakukan terhadap Allah.

Maka marilah sama-sama kita melaksanakan doa Qunut di akhir rakaat solat witir agar Allah mengampuni segala dosa kita dan sentiasa memberikan kepada kita hidayahNya.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ramadan, Qunut, Sunnah, Addin, Subuh, Witir

Artikel Lain