Trend campuran minyak zaitun dan lemon menjadi ikutan segelintir pengguna media sosial. -Gambar hiasan AI
SEGELINTIR pengguna media sosial mendakwa amalan minum campuran minyak zaitun dan lemon pada waktu pagi mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan termasuk membantu mengurangkan rasa lapar, sekali gus memudahkan proses menurunkan berat badan.Namun, doktor pakar pemakanan klinikal dari Hospital Ciputra, Jakarta, Indonesia iaitu Dr Jovita Amelia memberi peringatan bahawa trend tersebut tidak semestinya selamat untuk semua orang. Menurutnya, minyak zaitun sememangnya mengandungi lemak sihat yang baik untuk tubuh jika diambil dengan cara yang betul.Walau bagaimanapun, dia menjelaskan minyak zaitun tetap merupakan sumber lemak tinggi kalori dan tidak boleh diambil secara berlebihan.Segelintir individu sanggup mencuba pelbagai petua demi menurunkan berat badan. -Gambar hiasan AITrend makin tularMemetik laporan Fox News, trend 'olive lemon oil' shot mula popular di media sosial apabila ramai pengguna mendakwa mereka berasa lebih kenyang dan bertenaga selepas mengambilnya.Malah, ada pengguna TikTok menyatakan amalan tersebut membantu mengurangkan keinginan untuk mengambil snek sepanjang hari.Kebiasaannya, minyak zaitun diminum terus menggunakan sudu makan sebelum dicampur lemon atau air supaya lebih mudah ditelan. Namun, doktor keluarga dari North Carolina, Will Haas pula berpendapat trend itu lebih dipengaruhi 'hype' media sosial berbanding bukti perubatan yang kukuh.“Minyak zaitun memang baik untuk kesihatan, tetapi manfaat terbaik diperoleh apabila ia diambil sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang,” katanya.Kesan burukHaas menjelaskan sesetengah individu boleh mengalami rasa loya atau lebih kerap membuang air besar selepas minum minyak zaitun secara terus, terutama ketika perut kosong.Dia turut mengingatkan pengambilan harian minyak zaitun dalam bentuk shot boleh meningkatkan jumlah kalori tanpa disedari.Satu sudu makan minyak zaitun mengandungi lebih daripada 100 kalori. Oleh itu, jika diamalkan secara rutin tanpa mengawal corak pemakanan secara keseluruhan, pengambilan tenaga harian sebenarnya boleh meningkat.