suria

Pantai terkenal Peru berubah sekelip mata, ribuan burung ambil alih lautan manusia

Suasana sebelum dan selepas penularan wabak Covid-19 di Pantai Aqua Dulce, Peru.

SETIAP hari lebih kurang 40,000 pengunjung bersantai di Pantai Agua Dulce sekali gus menjadikan lokasi pelancongan ini dipenuhi lautan manusia.

Jumlah tersebut antara kemuncak ketika musim panas bermula Disember hingga Mac menjadi tarikan pengunjung berehat di pantai ini yang terletak di Selatan Hemisfera, Peru.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 30 tahun, akhirnya Banjaran Himalaya muncul... saat dunia lockdown akibat Covid-19

Costa Verde dan Agua Dulce antara dua pantai paling popular di dunia dan sentiasa penuh dengan kehadiran pelancong sepanjang tahun.

Suasana di Pantai Agua Dulce sepi tanpa pengunjung.

Dalam tempoh itu juga sukar untuk melihat ruang-ruang kosong di pesisiran pantai kerana dipenuhi dengan ribuan manusia yang jaraknya kira-kira sepanjang satu kilometer.

Ia menyebabkan kawasan pantai itu sesak dan bersama warna-warni payung yang dijadikan tempat mereka berteduh.

Bagaimanapun pemandangan itu kini bertukar 360 darjah apabila pesisir pantai ini sunyi sepi bak tiada penghuni sejak Presiden Peru, Martin Vizcarra mengeluarkan arahan 'lockdown' berikutan penularan pandemik Covid-19 di negara itu.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Peru kini mencatat kes 5,897 orang dengan jumlah kematian 169 orang (sehingga 12 April).

Jejantas menghubung ke Pantai Agua Dulce lengang sejak penularan wabak Covid-19 di seleuruh dunia termasuk Peru.

Kes pertama di Peru dilaporkan pada 6 Mac lalu.

Rakaman gambar pemandangan di kawasan pantai itu kelihatan lebih tenang dan bersih.

Pihak berkuasa juga terus membuat pemantauan di persekitran pantai itu bagi mengelak orang ramai mandi atau berehat di situ.

Ketika tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai, kawasan pantai itu menjadi tempat persinggahan aneka jenis burung mengambil alih hiruk pikuk manusia.

Peru, Pantai Aqua Dulce, Sunyi, Sepi, Covid-19

Artikel Lain