suria

6 Lokasi Wajib Kunjung Di Dunia

Guilin dikenali kerana pembentukan Karst yang membentuk landskap yang menakjubkan.

MEMILIH destinasi dan merancang percutian dengan betul penting untuk membantu anda menikmati satu bentuk liburan berkualiti dan berbaloi.

Sama ada mahu melepaskan tekanan di tempat kerja, atau ingin meneroka ke destinasi baru dengan orang tersayang, berikut adalah enam lokasi di dunia yang harus diawati kerana ia bukan sahaja menawarkan pemandangan indah, tetapi juga peluang untuk melakukan aktiviti menarik yang mungkin tiada di tempat anda.

Taichung, Taiwan


Pasar Malam Feng Chia membolehkan pengunjung membeli-belah dan mengenali budaya masyarakat serta makanan tempatan.

Bandar ketiga terbesar selepas Taipei dan Kaohsiung ini menyediakan banyak aktiviti kepada pelancong seperti membeli-belah dan pemandangan menakjubkan. Di sini anda boleh ke Rainbow Village untuk melihat hasil sentuhan lukisan termasuk lukisan dinding luar biasa. Mr Huang membuatnya untuk menghidupkan suasana di kampungnya bermula dari rumahnya sendiri. Satu lagi perkara menarik yang dapat ditemui di Taichung dan Taiwan adalah kafe-kafenya yang mempunyai tema tertentu, seperti restoran Carton King, yang mana segala-galanya di sini, kecuali makanan, dibuat daripada kadbod. Terlanjur sudah ke sini, jangan lupa untuk pergi ke pasar malam Feng Chia yang mempunyai lebih dari 1,000 gerai menjual makanan, minuman dan barang perhiasan.

Pulau Jeju, Korea


Pulau Jeju menjadikan percutian pantai lebih mengujakan dengan tawaran pemandangan pulau yang indah dan sejarah yang menarik.

Sekiranya anda begitu menghayati alam semulajadi, Pulau Jeju pasti menawan hati anda. Terletak di selat Korea dan menjadi pulau terbesar di semenanjung Korea, Jeju dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi dan taman yang tenang. Berkunjung juga ke Hailim Park di mana anda dapat menemui pemandangan taman dan gua indah yang banyak terdapat di pulau itu. Anda juga boleh berkayak di perairan jernih dan bersih di Muara Soesokkak di mana air sungai dan laut bertemu. Lokasi wajib dilawati di sini adalah taman bertema yang unik, seperti taman seni kaca atau Love Park yang turut mempunyai ‘burung dan lebah’.

Okinawa, Jepun


Nikmati perairan jernih di pulau tropika Jepun.

Mengenai perjalanan ke Jepun, kebanyakan anda pasti akan terbayangkan bandar budaya, Kyoto atau pusat budaya pop, Tokyo. Tetapi adakah anda tahu bahawa Jepun juga adalah rumah kepada iklim tropika? Pulau Okinawa sering dikunjungi oleh pelancong yang ingin menikmati sinaran matahari dan keindahan laut biru. Bagaimanapun, jangan bimbang kerana iklim tropika tidak akan menghentikan bunga sakura daripada mekar ketika tibanya musim bunga. Okinawa juga menjadi lokasi kepada beberapa makanan laut paling sedap. Anda boleh pergi ke Pelabuhan Memancing Awase, di mana anda boleh menikmati beberapa tangkapan segar setiap hari. Sekiranya anda masih belum puas dengan air jernih di sini, apa kata anda mengunjungi Pulau Ishikagi, di mana anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan memikmati hidupan di bawah air.

San Francisco, USA


Jambatan Golden Gate yang terkenal di San Francisco

San Francisco menawarkan banyak mercu tanda yang terkenal untuk dikunjungi, seperti jambatan Golden Gate, Alcatraz, Chinatown, dan sebagainya. Sebagai lokasi penggambaran untuk banyak filem Hollywood terkenal, sudah tentu melawat ke San Francisco akan mengingatkan anda kepada banyak pemandangan yang pernah dilihat dalam filem. Jangan ketinggalan untuk melompat di atas laluan tram ikonik di bukit-bukit yang curam di bandar ini atau anda boleh bersantai di Treasury Island sebuah mercu tanda sejarah di California. Jika sukakan aktiviti luar yang mencabar, rancang perjalanan anda semasa musim panas untuk melakukan aktiviti meluncur, mendaki, malah meluncur angin.

Guilin, China


Jangan lepaskan peluang melihat keindahan matahari terbenam di kawasan padi bertingkat di Longsheng.

Guilin adalah sebuah wilayah yang indah dan menawarkan landskap yang unik, berbeza daripada kebanyakan wilayah lain di China. Bandar ini terkenal dengan pembentukan Karst (batu kapur yang terhakis) yang mempamerkan pemandangan indah ketika anda belayar ke Sungai Li. Satu lagi tempat yang memukau pandangan adalah padi bertingkat Longsheng, sebuah kawasan yang sangat luas membentuk corak di sepanjang lereng bukit, satu pemandangan luar biasa yang tidak boleh dilepaskan.

Hong Kong


The Peak Tram paling curam di dunia.

Hong Kong mungkin dikenali sebagai salah sebuah bandar paling sibuk di dunia. Tetapi untuk pelancong, Hong Kong tetap menawarkan tempat makan, membeli-belah dan beberapa lokasi pemandangan bagi mereka yang sukakan aktiviti luar.  Kunjungi The Landmark untuk membeli-belah barangan pereka eksklusif yang jarang ditemui di bahagian lain di Asia atau anda boleh pergi ke pusat beli-belah di Pacific Place yang mempunyai lebih kurang 130 jenama mewah dan pertengahan. Jika anda mencari barangan lebih murah, berkunjunglah ke pasar malam Temple Street atau Jalan Kowloon. Satu-satunya aktiviti yang tidak harus dilepaskan di Hong Kong adalah menaiki kereta api yang paling curam di dunia, Peak Tram menuju ke puncak Victoria Peak yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan di siang dan malam hari.

Kini, percutian impian sedang menanti anda!

Nikmati sepenuhnya percutian menakjubkan ini yang mampu memberi inspirasi dengan kewujudan pelbagai budaya, mercu tanda unik, makanan tempatan dan banyak lagi di destinasi yang anda lawati. Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini dengan Cathay Dragon.

Bersama dengan rangkaian global Cathay Pacific, anda dapat menikmati pengalaman perjalanan lancar ke 180 destinasi di seluruh Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan banyak lagi apabila anda memilih untuk terbang dengan Cathay Dragon dan Cathay Pacific.

Cathay Dragon menawarkan perkhidmatan premium untuk semua penerbangan dengan tiket termasuk daftar masuk bagasi, pemilihan tempat duduk dan makanan dalam penerbangan.


Semua tiket penerbangan bukan sahaja termasuk elaun daftar masuk bagasi dan makanan dalam penerbangan, tetapi anda juga boleh mendaftar dalam talian dan memilih tempat duduk dalam tempoh 48 jam sebelum penerbangan anda berlepas.

Sajian yang dihidangkan dalam penerbangan di antara Malaysia dan Hong Kong adalah diiktiraf halal tanpa melalui urusan pemesanan yang merumitkan. Untuk ke destinasi selain Hong Kong, anda boleh memohon sajian halal untuk penerbangan anda secara percuma semasa menempah tiket penerbangan.

Setelah melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada bulan Mac dengan empat penerbangan harian, pesawat A330 Cathay Dragon menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan bagi pelancong Malaysia yang ingin terbang ke seluruh dunia.

Syarikat penerbangan ini juga mengendalikan 10 penerbangan mingguan dari Pulau Pinang dan lima penerbangan mingguan dari Kota Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Cathay Dragon.

Cathay Dragon, destinasi impian

Artikel Berikut

Artikel Lain