suria

Anda peminat fanatik bola sepak? Ini 9 permainan video terhangat sepanjang 2022

Pelbagai permainan versi digital tersedia di mana anda boleh 'beraksi' dengan selesa hanya dari rumah.

JIKA anda seorang peminat fanatik bola sepak namun mempunyai kekangan untuk beraksi di padang, usah risau!

Dengan kemajuan teknologi, wujud permainan versi digital di mana anda boleh 'beraksi' dengan selesa hanya dari rumah.

Dek kerana populariti bola sepak yang bersifat global, pelbagai pilihan permainan video kini tersedia meliputi hampir setiap platform, dari komputer hingga ke telefon pintar.

ARTIKEL BERKAITAN: FIFA 23 lebih lancar, mutu pemain dipertingkat... rasai perbezaan menakjubkan

Dengan demam Piala Dunia FIFA 2022 yang sedang melanda seluruh dunia, Thedailystar menyenaraikan sembilan permainan video bola sepak paling 'top' untuk pilihan anda:

1) FIFA 23

Tahun ini EA membawa peminat FIFA23 yang akan merangkumi Piala Dunia 2022 sebagai mod permainan.

2) eFootball

Walaupun telah kehilangan populariti dari masa ke masa, 'release' terbaru permainan ini ialah Efootball 2023 pada Ogos 2022. Salah satu kelebihannya adalah pemain bebas bermain dan ia adalah alternatif yang baik untuk permainan FIFA.

3) Dream League Soccer 2022

Dalam permainan ini, anda boleh membentuk pasukan impian anda sendiri. Boleh bermain permainan ini secara offline dan mencabar diri anda untuk membina pasukan dengan pemain yang hebat.

4) Football Drama

Pemain mengambil peranan seorang pengurus bernama Rocco Galliano dan dipertanggungjawabkan memperbaiki situasi kelab Calchester United.

5) Behold the Kickmen

Permainan lucu ini menyeronokkan pada obsesi bola sepak dengan elemen permainan seperti 'menendang' dan 'menjaringkan gol'.

6) Soccer Royale: Clash Football

Pengalaman permainan dipertingkatkan kerana grafik yang sangat baik. Anda boleh memilih sama ada menyertai kelab sedia ada atau memulakan kelab sendiri.

7) World Soccer Champs

Permainan ini menampilkan lebih daripada 100 liga dan piala. Walaupun terdapat pembelian dalam aplikasi, permainan ini boleh dimainkan secara percuma. World Soccer Champs akan membuatkan anda terpaku pada telefon pintar selama berjam-jam.

8) Super Mario Strikers

Sebanyak 10 watak Super Mario dipaparkan dalam permainan, dan mereka bersaing di padang. Sama seperti Mario Kart, hero Mario Strikers boleh menggunakan item untuk mengalahkan lawan.

9) Tiki Taka Soccer

Tersedia pada iOS, Android dan Windows Phone, Tiki Taka Soccer membawa kita kembali kepada asas. Permainan ini tidak serumit seperti kebanyakan permainan lain, namun itulah kelebihannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain