suria

Bukan hanya di layar perak, Mat Kilau luaskan legasi ke permainan online King of Nations!

King of Nation kini tersedia di Google Play & App Store.

NAMA Mat Kilau sememangnya tidak asing lagi dalam catatan sejarah negara kita.

Ketokohan pahlawan Melayu itu begitu memberi impak sehinggakan kisahnya diabadikan menerusi filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini.

Tidak hanya diabadikan di layar perak, kini VNG Games mengumumkan wira legenda Mat Kilau memasuki dunia alam maya dan mengembangkan legasinya pada permainan mudah alih, King of Nations!

Bersempena semangat bulan kemerdekaan ini, watak Mat Kilau kini telah ditambah ke dalam permainan sebagai watak yang boleh dimainkan untuk menggalakkan rasa bangga dan patriotisme dalam kalangan pemain Malaysia!

Ia adalah penambahan baharu yang istimewa di mana King Of Nations mencipta sejarah sebagai permainan pertama di dunia yang pernah memasukkan Mat Kilau dalam permainannya!

KON_GROUP ARTIST

Pelakon utama filem Mat Kilau, Dato' Adi Putra Dan Fattah Amin dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Sebagai usaha untuk menyemai nilai kebanggaan negara terhadap adat budaya, King of Nations turut memakai hiasan kepala tradisional yang dipanggil 'tengkolok' dan senjata tradisional seperti keris Melayu untuk memaparkan lambang keberanian dan patriotisme sebagai pahlawan Melayu di era penjajahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima permainan esport paling berpengaruh yang setiap gamers perlu tahu

Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, samada dari Timur atau Barat, dan menulis semula sejarah perang terbesar dunia dan meninggalkan jejak mereka.

Lakonan yang mantap dan semangat juang dalam filem Mat Kilau membuatkan dua pelakon utamanya, Dato' Adi Putra Dan Fattah Amin dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

King of Nations kini tersedia di Google Play & App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari https://kon.vnggames.com/

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain