suria

Lima permainan esport paling berpengaruh yang setiap gamers perlu tahu

Counter Strike merupakan salah satu permainan pilihan ramai dan terkenal di seluruh dunia.

TAHUKAH anda bahawa penggemar permainan esport di seluruh dunia mencecah 250 juta orang?

Pertumbuhan esport adalah luar biasa dengan permainan baharu dilancarkan setiap tahun meskipun terdapat beberapa jenis permainan yang tetap mendominasi dan popular dalam kalangan gamers.

Apabila bercakap tentang permainan esport terbesar, ia boleh membawa maksud berbeza kepada setiap orang di mana ada sesetengah permainan popular di seluruh dunia manakala selebihnya hanya dikenali di sesuatu tempat.

Perubahan landskap permainan esport ini bukan sahaja popular malah pelbagai pihak turut menganjurkan pelbagai kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai jutaan dollar.

Berikut adalah lima permainan esport yang popular sepanjang 2022 mengikut jumlah wang ganjaran diberikan untuk sesebuah kejohanan seperti dilaporkan Esports Earnings.

Dota-2-810x241

1. Dota 2

Tahun dilancarkan: 2013

Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$224.7 juta (RM898 juta)

Pemain terkenal: Johan Sundstein, Jesse Vainikka, Anathan Pham

Dota 2 adalah permainan esport arena pertempuran yang paling poluar dan dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia adalah sekual kepada Defense of the Ancients: All-Stars dan cukup popular dalam kalangan gamers di Amerika Utara dan Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN: UniPin-Moonton umum perkongsian untuk Mobile Legends: Kejohanan Piala Asia Tenggara Bang Bang, MSC 2022

Biasanya ia dimainkan dalam pasukan seramai lima orang, dengan setiap satu mempertahankan kawasan mereka. Salah satu pasukan yang menang dengan memusnahkan struktur akan mendapat gelaran "Ancient" dalam pangkalan pasukan lain.

Counter-Strike-Global-Offensive-810x329

2. Counter-Strike: Global Offensive

Tahun dilancarkan: 2012

Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$96.5 juta (RM386 juta)

Pemain terkenal: Andreas Højsleth, Peter Rasmussen, Nicolai Reedtz

Ini adalah satu lagi permainan esports popular yang dibangunkan oleh Valve Corporation, dengan kerjasama Hidden Path Entertainment. Ia adalah permainan penembak pertama dan merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike.

Permainan ini pada asasnya dimainkan antara dua pasukan; pengganas dan anti-pengganas.

Fortnite-810x352

3. Fortnite

Tahun dilancarkan: 2017

Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$89.1 juta (RM356 juta)

Pemain terkenal: Kyle Giersdorf, Harrison Chang, David Wang

Fortnite ialah permainan dalam talian yang dibangunkan oleh Epic Games. Ia mempunyai tiga mod permainan yang berbeza tetapi masih dikira sebagai satu permainan. Berikut adalah penjelasan mengenai setiap mod tersebut.

a. Selamatkan Dunia - Ia melibatkan sehingga empat pemain melawan makhluk seperti zombi untuk mempertahankan diri mereka dan menyelamatkan mangsa lain.

b. Battle Royale - Mod ini memerlukan pemain berlawan dengan pemain (yang boleh mencecah 100 pemain) dan bertarung untuk menjadi individu terakhir yang terselamat. Ia juga boleh dimainkan secara berpasukan.

c. Kreatif - Ini adalah mod kotak pasir di mana pemain mempunyai kawalan kreatif ke atas permainan tersebut.

League-of-Legends-810x402

4. League of Legends

Tahun dilancarkan: 2009

Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$75.5 juta (RM302 juta)

Pemain terkenal: Sang Hyeok Lee, Ho Seong Lee, Jun Sik Bae

League of Legends adalah permainan aksi masa nyata dengan beberapa pemain dibangunkan oleh Riot Games dan ia antara permainan popular di Asia.

Ia boleh dimainkan oleh dua pasukan atau sama ada tiga atau lima pemain dalam setiap satu masa. Sama seperti Dota 2, pasukan yang berjaya memusnahkan struktur dipanggil Nexus dalam pangkalan pasukan lain dikira sebagai pemenang.

StarCraft-II-810x337

5. StarCraft II

Tahun dilancarkan: 2010

Jumlah hadiah pernah diberikan: USD$33 juta (RM132 juta)

Pemain terkenal: Sung Choo Cho, Joona Sotala, Byung Ryul Lee

Ia adalah permainan strategi dalam masa nyata (real-time) yang dibangunkan oleh Blizzard Entertainment dan merupakan sekuel kepada permainan Starcraft yang asal.

Permainan ini berlatarkan senario fiksyen sains di mana tiga spesies iaitu Terrans, Zerg dan Protoss. Permainan itu dibahagikan kepada tiga bahagian dengan permainan asas, Wings of Liberty dengan dua dek pengembangan.

Bahagian pertama permainan itu memfokuskan kepada Terrans (manusia) manakala dua lagi berkisarkan tentang Zerg dan Protoss.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain