suria

Lima pasukan wanita Malaysia mara ke peringkat ‘playoff’ Siri Wanita UniPin MY/SG 2022

Pemenang UniPin Ladies Championship bakal membawa pulang hadiah sebanyak RM7,500.

MASA depan e-Sukan Malaysia dilihat semakin berkembang lebih-lebih lagi bagi pemain wanita.

UniPin telah membuka banyak peluang kepada pemain wanita Malaysia untuk mendapat kejayaan di rantau Asia Tenggara, khususnya melalui pertandingan Unipin Ladies Series MYSG.

Setelah menambah hadiah kemenangan kepada RM7,500 musim ini, UniPin baru-baru ini menamatkan kelayakannya dengan penyertaan 19 pasukan wanita dari Malaysia dan Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan UniPin Ladies Series MYSG kembali! Tawar tiga kali ganda hadiah untuk pemenang

ARTIKEL BERKAITAN: Percutian makin seronok! Dalam bilik ada gaming set, hotel e-sport pertama dibuka di Senai

Mendominasi lapan tempat teratas untuk mara ke playoff ialah lima pasukan Malaysia iaitu Rose Ophelia, HomeGirls, Red Roses, Madness Aubrey dan Revolta Siren

Sementara itu tiga pasukan dari Singapura yang juga layak ke peringkat playoff ialah Forsaken Odyssey, Reborn dan GGFE SG.

Setiap pasukan terdiri daripada lima pemain dan enam pasukan teratas daripada fasa musim biasa kemudiannya akan mara ke peringkat kalah mati.

"Saya berpendapat bahawa perkembangan pemain wanita dalam e-Sukan adalah menakjubkan kerana sudah semakin ramai wanita berminat untuk menyertainya.

photo6116119337896095750

Antara keputusan perlawanan pada minggu kedua UniPin Ladies Championship 2022.

"Malaysia mempunyai beberapa pemain wanita yang cemerlang dan Malaysia sepatutnya layak untuk mendapat tempat dalam arena e-Sukan untuk mempamerkan potensi sebenar.

"Sama seperti sukan lain, permainan e-Sukan boleh menjadi kerjaya yang berdaya maju untuk seseorang selagi mereka mempunyai cita-cita dan konsisten dengan tujuan untuk berjaya," kata Luna, seorang pemain e-Sukan Malaysia.

Hakikatnya e-Sukan kini berkembang menjadi industri global yang menjana pendapatan.

"Ini adalah pertandingan e-Sukan wanita kedua kami dan kami gembira melihat begitu banyak pasukan dari Malaysia mendominasi dalam pusingan kelayakan.

"Siri Wanita UniPin mencipta platform untuk pemain wanita menonjolkan bakat dalam e-Sukan serta membina keyakinan mereka dalam suasana persaingan.

"Dengan menyediakan platform untuk pemain wanita, kami percaya ia akan menggalakkan mereka untuk beraksi lebih baik di medan pertempuran yang lebih besar.

"Pemenang setiap negara boleh mewakili negara mereka untuk Kejohanan Serantau di UniPin SEACA tahunan," ujar Deborah Imanuella, Naib Presiden Kanan Komuniti UniPin.

Walaupun China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat dianggap sebagai perintis e-sukan, laporan telah menunjukkan bahawa negara Asia Tenggara kini sudah semakin berkembang pesat lebih-lebih lagi di Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain