suria

Hasil tak memuaskan, pasukan Secret umum lepaskan SumaiL

SumaiL ketika bersama pasukan Secret.

SELEPAS bersama dalam dua siri Dota Pro Circuit (DPC), pasukan Secret mengesahkan perpisahan dengan SumaiL.

Hal ini kerana pencapaian SumaiL yang kurang memuaskan serta perbezaan pendapat dalam pasukan.

Sebelum ini pasukan Secret membuat beberapa perubahan yang mengejutkan selepas The International 10 dengan menaikkan senarai pemain terbaik sepanjang masa dan yang mencipta rekod dengan kemenangan kejohanan sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

ARTIKEL BERKAITAN: Kejohanan UniPin Ladies Series MYSG kembali! Tawar tiga kali ganda hadiah untuk pemenang

Perubahan ini menyaksikan MATUMBAMAN dan Zai terkeluar daripada senarai untuk menyertai pasukan Liquid manakala SumaiL serta iceiceice dibawa masuk untuk menggantikan mereka dan Nisha bertukar ke kedudukan kedua untuk memudahkan barisan ini.

275188296_664586341444484_7544601866770657141_n

SumaiL (dua dari kiri) bersama anggota pasukan Secret yang lain.

Ia berfungsi dengan baik pada mulanya, namun setelah DPC 2022 bermula pasukan Secret hanya dilihat selangkah ke belakang dalam persaingan di Eropah.

Mereka menduduki tempat kelima dalam DPC Tours dan di Gamers Galaxy Invitational Series Dubai.

Hasil daripada keputusan siri DPC tersebut, ia bermakna pasukan Secret terlepas tajaan Valve buat kali pertama dalam sejarah.

281615393_348732427249945_3290079303696096301_n

Tetapi keputusan kejohanan bukanlah satu-satunya punca langkah berkenaan diambil.

Menurut Puppey, pasukan Secret sudah menghadapi masalah sejak daripada awal.

"Pasukan Secret ini sentiasa mempunyai masalah. Kami cuba menyelesaikan masalah dengan pertukaran peranan atau mencari kaedah yang lebih baik tetapi akhirnya kami tidak dapat mencapai konsistensi dan gagal.

3d715443-781b-458c-b5e3-46abf74f3434

Kenyataan media tentang status SumaiL dalam pasukan Secret.

"Apabila tidak berjaya, sebaiknya move on. Perubahan adalah usaha ke arah kemajuan. No Hard feelings.” kata Puppey.

Kini pasukan Secret sedang aktif mencari pemain baharu bagi menyertai Nisha.

Khabar angin mula mengatakan Secret berminat untuk menandatangani Remco "Crystallis" Arets daripada Entiti. -dotesports

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain