suria

Bocor gameplay Need For Speed Mobile! Grafik cantik, serupa dengan NFS Heat

Gameplay yang bocor mengundang keterujaan peminat Need For Speed.

KHABAR gembira buat peminat permainan Need For Speed apabila klip video versi mudah alih bocor di Internet.

Difahamkan permainan video Need For Speed dibangunkan oleh Timi Studio dari Tencent.

Syarikat ini juga bertindak membangunkan permainan video seperti PUBG Mobile, Call of Duty Mobile dan Pokémon Unite.

Namun buat masa sekarang tiada info secara rasmi mengenai Need For Speed Mobile.

Menariknya video yang dibocorkan Shaun Weber di Twitter itu dilihat mempunyai grafik yang sangat cantik bagi sebuah permainan video mudah alih.

2022-05-14

Pemilik Twitter yang membocorkan mengenai Need For Speed Mobile.

Berdasarkan video bocor berkenaan juga, gameplay sekitar 45 saat itu menunjukkan perlumbaan open-world di sebuah bandar.

Ianya terasa seperti Need for Speed Heat 2019 apabila dapat dilihat waktu bertukar daripada siang ke malam semasa pemanduan.

Selain itu, menurut orang yang bertanggungjawab terhadap kebocoran itu, Need for Speed Mobile dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 dan menggunakan sepenuhnya peta daripada Need for Speed Heat.

Dia juga mendakwa bahawa game ini tidak mempunyai jalan cerita dan tiada polis semasa ujian dijalankan.

Pada masa yang sama, hanya tiga kereta yang tersedia seperti McLaren F1, Lamborghini Aventador SVJR, dan Gallardo.

Dakwa pembocor juga, pengendalian kereta adalah sama seperti Need for Speed Edge dan termasuk beberapa kesan drift boost.

Jadi, adakah anda teruja dengan gameplay yang dibocorkan ini?

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan