suria

Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

Yoodo Alliance-4Rivals (YA4R) memenangi kejohanan di PMPL 2022 Spring MY/SG/PH. 

PASUKAN Yoodo Alliance-4Rivals (YA4R) diumumkan sebagai juara Liga PUBG Mobile Pro (PMPL) Malaysia/Singapura/Filipina Spring 2022.

Kejayaan itu membolehkan pasukan tersebut membawa pulang hadiah bernilai USD150,000 (RM653,000) sekali gus menempah tempat di kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA Championship 2022) akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance sedia gegar arena e-sukan Malaysia dalam PUBG Mobile!

ARTIKEL BERKAITAN: Musim Ke-2 Yoodo Gank: Knockout Series janjikan pertempuran lebih epik!

Menurut Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun, dia amat berbangga dengan pencapaian pasukan tersebut.

"Bagi pihak Yoodo, tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Yoodo Alliance-4Rivals! Kerja keras dan kegigihan mereka membuahkan hasil hingga mengangkat mereka ke tahap yang tinggi,

"Pasukan ini melepasi jangkaan kami dan kami teruja untuk melihat apa lagi pencapaian mereka pada masa hadapan," katanya.

Pasukan YA4R yang dianggotai Appy (Muhammad Haziq Hanafi Mad Zain), Eypul (Mohamad Saiful Annuar Shahrom), Rith (Harith Aimar Stanley Michael), Pemburu (Sahrul Daulay Jailani) dan Vokey (Muhammad Imran Rosli), muncul juara selepas menewaskan 15 pasukan lain sepanjang kejohanan berlangsung.

Dalam kejohanan yang menyaksikan Yoodo sebagai telco digital rasmi, YA4R memulakan perlawanan akhir dengan mata tertinggi.

Pada pusingan akhir, barisan pemain yang kesemuanya merupakan rakyat Malaysia bertempur dengan Farang Legund.

Bagaimanapun, pasukan tersebut bergelut untuk meraih 246 mata dan tiga Chicken Dinners untuk membawa pulang kejuaran.

Tambah Tuck Mun, Yoodo percaya dengan potensi pemain e-sukan di Malaysia dan akan terus menyokong pemain-pemain ini untuk lebih berjaya di masa hadapan.

"Inilah hasil yang Yoodo inginkan apabila kami menandatangani untuk bekerjasama dengan Alliance bagi membentuk Yoodo Alliance-4Rivals.

"Yoodo sangat percaya dengan potensi pemain e-sukan di Malaysia, dan kemenangan pasukan adalah bukti bahawa kami berada di landasan yang betul,

"Yoodo akan terus menyokong dan menyoroti bakat-bakat ini.” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain