suria

Musim Ke-2 Yoodo Gank: Knockout Series janjikan pertempuran lebih epik!

Pemain pasukan Yoodo Gank yang diketuai oleh ManParang (tengah).

MUSIM Kedua Yoodo Gank: Knockout Series kini kembali dengan pertempuran kalah mati yang lebih epik dan serba baharu!

Dikuasakan oleh Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia.

Musim Kedua ini memberi peluang kepada peminat PUBG MOBILE untuk bermain bersama atau menentang pasukan handalan, iaitu Yoodo Gank!

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG MOBILE National Championship kembali dengan hadiah tunai RM100,000! Peluang ke PMPL MY/SG S4 turut terbuka

Pendaftaran untuk perlawanan tersebut kini dibuka, satu pasukan dengan empat pemain akan mendaftar sebagai Pasukan Pencabar.

Syarat yang dikenakan ialah satu daripada ahli bagi setiap pasukan mestilah seorang pengguna berdaftar Yoodo.

Pasukan yang layak akan bertarung menentang 16 kumpulan lain termasuk Yoodo Gank dalam 3 pusingan bagi keseluruhan perlawanan.

Paling menarik bagi musim kedua ini, dua pemain bertuah juga akan berpeluang menjadi sebahagian daripada pasukan Yoodo Gank sepanjang tempoh perlawanan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata peminat PUBG MOBILE adalah komuniti paling bersemangat dalam komuniti e-Sukan di Malaysia.

“Yoodo amat berbesar hati atas sokongan berterusan yang diterima sepanjang penganjuran perlawanan PUBG MOBILE yang ditaja Yoodo, manakala Yoodo Gank pula semakin diminati para peminat dari komuniti esukan tempatan." ujar Chow.

Tambahnya, pihaknya ingin mengambil peluang ini untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan meletakkan pasukan tersebut bersama-sama pasukan lain supaya kita lebih dekat dengan komuniti.

Sementara itu, Kapten Yoodo Gank, ManParang pula mengajak peminat PUBG MOBILE untuk menyertai pasukan tersebut sebagai pemain VIP dan bersama-sama membantu mereka memenangi perlawanan.

“Saya dan ahli pasukan yang lain memang suka chicken dinner, jadi kami akan berjuang habis-habisan dan memberikan yang terbaik musim ini, jumpa anda di medan pertempuran!

Musim pertama Knockout Series yang lalu telah berjaya mencungkil bakat terbaik dalam dunia gaming dan untuk kali ini kami tahu akan ada lebih ramai lagi pemain terbaik yang akan muncul. Jumpa anda semua di medan pertempuran!" ujarnya.

photo_2021-07-21_16-52-02
Syarat utama adalah salah seorang pemain dalam skuad merupakan pengguna Yoodo

Musim Kedua Yoodo Gank: Knockout Series akan berlangsung pada 23 Julai 2021 dan semua pasukan akan mendaftar masuk pada pukul 7.30 malam.

Semua peminat PUBG boleh menyaksikan perlawanan penuh yang akan disiarkan melalui strim secara langsung di saluran Yoodo Esports, iaitu satu laman Facebook ditubuhkan khusus oleh Yoodo untuk semua perkara berkaitan esukan dan gaming.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain