suria

Liga e-Sukan Malaysia 2021 bermula hari ini, tawar habuan RM200,000

MEL 2021 dianjurkan bagi mengembangkan potensi pemain dan bakat mereka ditonjolkan kepada orang ramai.

ESPORTS Integrated (ESI) telah melancarkan Liga e-Sukan Malaysia 2021 (MEL21) yang pertama, liga peringkat negeri dan kebangsaan dengan tawaran jumlah hadiah sebanyak RM200,000.

MEL21 akan menampilkan empat permainan yang popular iaitu PUBG, Mobile Legends, Fifa21 dan Dota 2.

Dianjurkan oleh ESI, MEL21 akan mengikuti Pelan Pembangunan Nasional Esports yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pasukan eSports Malaysia masing-masing menangi RM20, 762 dalam satu kejohanan ‘Wild Rift’

"Ia adalah untuk membangunkan satu ekosistem menarik, mampan dan inklusif untuk semua peminat e-sukan," kata menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kejohanan akan dijalankan sepenuhnya dalam talian mengikut prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Nasional.

Jika sebelum ini banyak kejohanan yang diadakan di Malaysia dibuka untuk pemain profesional, pemain separa profesional dan amatur hanya dapat bersaing dalam kejohanan yang lebih kecil, kata Ketua Pegawai Eksekutif ESI Ahmed Faris Amir, sambil menambah bahawa MEL21 bertujuan untuk merapatkan jurang ini.

Pemain profesional dibenarkan untuk mengambil bahagian walaupun kejohanan ini menetapkan had cuma seorang sahaja pemain profesional yang dibenarkan bagi setiap pasukan.

"Dengan menganjurkan liga e-Sukan peringkat kebangsaan yang pertama, perkembangan pemain dapat diperluas dan bakat mereka ditonjolkan kepada orang ramai," katanya.

Bilangan peserta akan berbeza-beza bergantung kepada permainan yang dijalankan, dengan sebanyak 256 pasukan yang terdiri daripada empat pemain akan berentap dalam PUBG Mobile dan MLBB, 32 pasukan yang terdiri daripada lima pemain akan mengambil bahagian dalam Dota 2 dan 128 pemain solo akan bertanding di Fifa 21.

ESI menganjurkan MEL21 dengan kerjasama bersama 16 persatuan e-Sukan negeri dan sokongan penerbit permainan seperti Moonton dan Tencent Games.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Peringkat pertama, Liga Negeri akan diadakan dari 10 Julai hingga 6 Ogos.

Pasukan di setiap negeri akan bertanding dalam pusingan kelayakan dengan format kalah mati, sebelum finalis akan bertanding dalam format round-robin.

Pemenang setiap kategori akan menerima wang RM2,000 dan mewakili negeri mereka di peringkat kedua.

Peringkat kebangsaan pula dijadualkan berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 September.

Peringkat ini akan menggunakan format round-robin, dan pasukan atau pemain dengan mata tertinggi pada akhir kejohanan akan dinobatkan sebagai Juara Kebangsaan dan membawa pulang hadiah wang RM20,000.

Pemain boleh melihat jadual dan mendaftar di www.esukan.gg. -TheStar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Esports, Tournament, MEL 2021, KBS, PUBG, FIFA 21, MLBB, DOTA2

Artikel Berkaitan

Artikel Lain