suria

UniPin SEACA: 114 pasukan berentap... juara bakal rebut slot wakili Malaysia ke Jakarta

Kejohanan ini menawarkan RM3, 000 serta peluang mewakili Malaysia pada peringkat akhir di Jakarta, Indonesia.

SEBANYAK 144 Pasukan Esports Sertai Kelayakan UniPin SEACA (Southeast Asia Cyber Arena) 2021 Malaysia, mereka berentap untuk merebut slot ke peringkat kebangsaan.

Kejohanan ini merupakan antara kejohanan esports tahunan terbesar di Asia Tenggara, UniPin SEACA 2021 telah memulakan peringkat kelayakannya di Malaysia.

Ia bermula dengan UniPin SEACA 2021 Peringkat Kelayakan Kejohanan Awam Malaysia pada Rabu, 23 Jun lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan China bukti kemampuan... kuasai kejohanan WePlay AniMajor

Sebanyak 144 pasukan berentap dengan harapan untuk mendapat peluang menjadi pemenang yang mewakili Malaysia di peringkat akhir yang akan diadakan pada November ini di Jakarta, Indonesia.

Kejohanan Awam Kelayakan UniPin SEACA 2021 Malaysia diadakan secara dalam talian dari 23 hingga 25 Jun 2021 dan 27 Jun untuk perlawanan akhir.

Semua pasukan yang mengambil bahagian pada tahap kelayakan ini dibahagikan kepada lapan kumpulan dan lapan sesi.

Pasukan yang tewas pada hari pertama secara automatik akan dihapuskan dan tidak dapat meneruskan untuk hari kedua.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beberapa pasukan profesional yang berada dalam senarai kejohanan ini ialah RSG, EVOS VIP, FANX MY, FARANG ESPORTS, MIRI MOB ESPORTS, DINGOZ JR, NSEA, dan RHG RHINO.

Pasukan-pasukan tersebut mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk memenangi kejohanan kerana mereka merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan.

Tetapi berdasarkan perkembangan sukan esports yang semakin meningkat di Malaysia, pasukan tidak ternama mungkin bakal membuat kejutan dengan menonjolkan kemahiran mereka.

Peraturan kejohanan dalam talian juga memberi peluang kepada setiap pasukan untuk lebih bersedia dengan bermain dari Gaming House masing-masing.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

UniPin, PUBG, Tournament, Esports

Artikel Lain