suria

Sertai Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home secara online! Duduk rumah pun boleh menang hadiah RM10,000

Peserta berpeluang memenangi hadiah utama sebanyak RM10, 000 pada Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home

TEAM Haq Esports (THQ Esport) Club menganjurkan Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home dengan hadiah terkumpul bernilai RM10,000.

Kejohanan ini merupakan tanda sokongan THQ Esports Club terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Minum siri Bang Bang Tealive, menangi 3 skin wira Mobile Legends: Bang Bang

"Dengan penganjuran kejohanan secara dalam talian selama dua hari, diharap ia dapat membantu kerajaan memastikan usaha mengekang penularan pandemik Covid-19 dapat dilakukan dengan berkesan," kata Pengasas dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin.

Kejohanan ini turut dijayakan bersama La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja utama.

Menariknya, tiada yuran penyertaan dikenakan. Ia adalah kejohanan bagi menyokong usaha kerajaan untuk duduk di rumah selepas pelaksanaan total Lockdown atau PKP 3.0 yang bermula 1-14 Jun 2021.

Pengasas dan Pengurus THQ, Aimanhaq Zaharudin

Lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan layak ke pusingan playoff yang berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kejohanan ini telah menerima sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 256 pasukan dan jumlah peserta yang melangkaui 1,500 orang.

Penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari tarikh pendaftaran dibuka.

Bagi yang terlepas peluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di Facebook rasmi Team Haq Esports Club.

Objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan Pandemik Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain