suria

Yoodo RSG MLBB juara Liga Profesional Mobile Legends musim ketujuh, bawa pulang hadiah wang tunai RM103,190

Yoodo RSG MLBB membuktikan kehebatan mereka dengan menjuarai MPL 2021.

PASUKAN eSports, Yoodo RSG MLBB membuktikan kehebatan mereka sebagai pasukan Mobile Legends: Bang Bang tempatan terbaik apabila berjaya menjuarai Liga Profesional Mobile Legend Malaysia (MPL) musim ketujuh.

Dengan kemenangan itu, pasukan Yoodo RSG MLBB berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$25,000 (RM103,190).

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Aliff Iskandar kawal ketagih game online - “Selalu main ML, PUBG empat jam sehari... saya ada buat jadual”

Pasukan yang ditaja syarikat telekomunikasi Yoodo itu turut melayakkan diri menyertai Mobile Legends: Bang Bang Southest Asia Cup (MSC) yang akan berlangsung dari 7 hingga 13 Jun ini.

MPL merupakan liga kebangsaan yang akan menentukan pasukan mana layak mewakili Malaysia dalam persaingan di MSC.

Peneraju Yoodo, Chow Tuck Mun mengucapkan tahniah atas kemenangan Yoodo RSG MLBB dan prestasi membanggakan pasukan tersebut.

"Segala usaha gigih mereka berbayar dan kejayaan pasukan ini telah melangkaui jangkaan kami.

"Kami teruja untuk melihat kejayaan demi kejayaan yang bakal diraih mereka selepas ini," katanya.

Kami sangat bersungguh-sungguh ketika sesi latihan dan ia sangat mengujakan apabila kami berjaya memenangi gelaran ini.

HERWIN BAHARUDDIN

KAPTEN PASUKAN YOODO RSG MLBB

Chow berkata, Yoodo akan terus memberikan sokongan terhadap Yoodo RSG MLBB kerana dapat melihat potensi besar yang ada dalam setiap ahli kumpulan itu.

Sementara itu, Kapten Yoodo RSG MLBB, Herwin Baharuddin berkata, ini merupakan kali pertama mereka memenangi kejuaraan kebangsaan yang mana turut mengenepikan pasukan handalan seperti Todak dalam perlawanan berformatkan 'best-of-seven'.

Perlawanan akhir menyaksikan Yoodo RSG MLBB ketinggalan dua game sebelum kembali mengejar Todak dengan kemenangan empat set sekali gus selepas itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami sangat bersungguh-sungguh ketika sesi latihan dan ia sangat mengujakan apabila kami berjaya memenangi gelaran ini.

"MPL 2021 merupakan satu perjalanan yang indah buat kami dan kami tak sabar nak buat peminat berbangga dengan perlawanan kami selepas ini," katanya.

Selain Herwin, Yoodo RSG MLBB turut disertai Abdul Wandi Abdul Kadir, Mohammad Irwandy Lim, Ahmad Zaki Ibrahim, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi, Izme Haqeem Hamsjid, Jamil Nurolla, Ealtond Rayner dan Mohamad Amir Afdhal Ruzlan.

Dalam pertandingan akhir itu, Ealtond turut dianugerahkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).

Yoodo merupakan telco digital rasmi untuk MLP Malaysia 2021.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain