suria

Rush To The Battlefield di Free Fire Malaysia Championship 2021 tawar hadiah utama bernilai RM200,000

Kejohanan FFMC menawarkan hadiah lumayan yang bernilai sebanyak RM200,000 untuk pemenang kejohanan tersebut

GARENA hari ini mengumumkan Free Fire Malaysia Championship 2021 (FFMC 2021), yang akan menampilkan hadiah terkumpul sebanyak AS$50,000 (RM200,000).

Kejohanan FFMC juga akan menjadi satu-satunya kejohanan di Malaysia yang pertama diadakan sejak Free Fire Malaysia Open pada 2020.

Panggilan buat semua Survivors dari Malaysia, tarikh pendaftaran FFMC 2021 telah dibuka melalui permainan tab Free Fire Cup yang bermula pada 31 Mei 2021 lalu, dengan Grand Final telah ditetapkan pada 31 Julai 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak semarakkan Ramadan bersama Free Fire... kini bergelar duta pertama di Malaysia

Pemain dengan tahap akaun sekurang-kurangnya tahap 20 dan pangkat emas layak mendaftar dan mengambil bahagian dalam FFMC 2021, tanpa bayaran pendaftaran diperlukan.

Untuk menyelaraskan pendaftaran, pemain boleh mendaftar untuk kejohanan dalam permainan melalui tab Free Fire Cup dari 31 Mei 2021 dan seterusnya.

Dengan sokongan peminat berterusan untuk Free Fire, FFMC akan membawa Survivors merasai Kejohanan Free Fire yang terbesar yang dianjurkan di Malaysia, bersama dengan pengalaman esports yang mendorong had permainan mudah alih melalui persaingan sengit sepanjang FFMC dilangsungkan.

FFMC 2021 terdiri dari peringkat kelayakan, bermula dari peringkat liga selama enam minggu dan Grand Final.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Grand Final akan menyaksikan pasukan bertempur lebih dari enam pusingan di semua tiga peta bagi menentukan pasukan yang menang dengan mata yang diberikan adalah berdasarkan kedudukan pusingan dan jumlah pembunuhan.

Pemenang akan membawa pulang hadiah utama iaitu sebanyak AS$50,000.

Sepanjang kejohanan berlangsung, bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inisiatif penjarakan sosial dilakukan dengan, League Circuit Stage dan Grand Final akan diadakan secara dalam talian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain