suria

Pasukan China bukti kemampuan... kuasai kejohanan WePlay AniMajor

Pasukan PSG.LGD mempamerkan aksi yang cemerlang dengan membenam pasukan Evil Geniuses (EG) 3-0

KEJOHANAN WePlay AniMajor diakhiri dengan kemenangan pasukan PSG.LGD untuk Dota Pro Circuit 2021 (DPC 2021).

Kehebatan PSG.LGD terserlah apabila membenam pasukan Evil Geniuses (EG) dengan mudah, sekaligus membuktikan kekuatan pasukan dari China itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Faker... lagenda LoL Korea bergelar jutawan pada usia 25 tahun!

Pasukan EG bukanlah pasukan pilihan, namun pasukan itu telah menerima sokongan daripada semua pasukan lain dek kerana pencapaian mereka hingga mampu mara ke final.

Sudah dua kali EG mara ke final, akan tetapi mereka masih tewas di tangan pasukan China.

Ini adalah perjalanan yang sukar untuk pasukan EG, mereka telah bermain sebanyak 25 perlawanan sebelum ke pusingan akhir.

Ahli-ahli pasukan Evil Geniuses

Berbeza pula ceritanya dengan perjalanan PSG.LGD, pasukan EG jelas mempunyai pelbagai pengalaman berdepan kekalahan berbanding pasukan lain walaupun berjaya menempatkan diri ke perlawanan akhir.

PSG.LGD hanya mengikat tiga seri secara keseluruhan dan memenangi semua perlawanan lain di kejohanan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, ketika berhadapan dengan PSG.LGD pada perlawanan akhir, pasukan EG sama sekali tidak berpeluang menunjukkan taring.

Pada perlawanan itu, PSG.LGD menunjukkan mereka adalah pasukan yang lebih baik dan menang mudah dengan keputusan 3-0.

Pasukan PSG.LGD bersama trofi yang dimenangi

Kini semua sudah berakhir, pasukan EG berkongsi banyak momen penting sepanjang perjalanan mereka di dalam kejohanan ini.

Perlawanan yang paling mendebarkan adalah semasa siri separuh akhir menentang pasukan T1, perlawanan sengit yang berkesudahan 2-1 sekaligus menempatkan mereka ke perlawanan akhir.

Dengan empat pasukan dan lima pasukan lain sudah berjaya mendapat undangan dalam The International 10 (TI10) Dota2 Championship, adakah ini bayangan apa yang akan berlaku di TI10, di mana pasukan dari China melonjak sebelum pertandingan?

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain