suria

Perlawanan sengit! Tahniah, akhirnya GRITG ARES muncul juara kejohanan PMNC 2021

Pasukan GRITG ARES dan DR SC PPG muncul juara bagi kategori masing-masing di PMNC 2021.

KEJOHANAN Kebangsaan PUBG MOBILE 2021 (PUBG MOBILE National Championship) atau PMNC 2021 telah melabuhkan tirai pada 18 Julai lalu, menyaksikan GRITG ARES muncul juara.

PMNC 2021 dianjurkan oleh Yoodo, iaitu perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh diubahsuai yang pertama di Malaysia!

Yoodo juga merupakan syarikat telekomunikasi digital rasmi bagi perlawanan tersebut sejak dari tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG MOBILE National Championship kembali dengan hadiah tunai RM100,000! Peluang ke PMPL MY/SG S4 turut terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo RSG MLBB juara Liga Profesional Mobile Legends musim ketujuh, bawa pulang hadiah wang tunai RM103,190

"Tiada kata-kata dapat menggambarkan kegembiraan Yoodo atas berita ini, dan kami mengucapkan tahniah kepada keseluruhan pasukan terutamanya GRITG ARES dan DR SC PPG atas kejayaan mereka!

“Kejohanan tersebut sangat sengit dan kami menyaksikan ramai pemain berbakat yang berjaya ke kemuncak melalui strategi perlawanan dan gerakan-gerakan yang hebat.

"Yoodo menyokong penuh bakat e-Sukan tempatan dan menyaksikan pasukan-pasukan tersebut berjuang sepenuh hati dalam kejohanan telah memberikan kami satu pengalaman yang menakjubkan.” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun.

PMNC 2021 mendapat sambutan hangat dengan jumlah tontonan sebanyak 3.1 juta secara maya telah diperoleh sepanjang pertandingan dilangsungkan.

PMNC 2021 Finals - Photo 1
GRITG ARES muncul juara bagi kejohanan PMNC 2021

PMNC 2021 diadakan selama tiga hari dan perlawanan akhir disiarkan melalui strim secara langsung di saluran Yoodo Esports, iaitu satu platform ditubuhkan khusus oleh Yoodo untuk semua perkara berkaitan e-sukan dan gaming.

"Yoodo telah menjadi sebahagian daripada PMNC selama empat tahun berturut-turut dan kami berbangga kerana telah menaja satu kejohanan yang memperkasakan ramai bakat gaming yang luar biasa.

“PMNC 2021 telah menerima 31,818 pendaftaran individu, ia satu pencapaian yang membuktikan bahawa terdapat ramai bakat yang sentiasa bersemangat tinggi di dalam komuniti tempatan dan PMNC terus menjadi platform untuk bakat tempatan kita berkembang.” kata Tuck Mun.

Selain memenangi sebahagian besar daripada hadiah keseluruhan yang berjumlah RM100,000 GRITG ARES juga berjaya menempatkan pasukan mereka untuk perlawanan Musim Keempat Liga Profesional PUBG MOBILE (PUBG MOBILE Pro League, PMPL) MYSG yang akan datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pasukan tersebut bakal bersaing dengan pasukan seperti Yoodo Gank, YSX Esport (X) dan Team Bosskur.

Empat pasukan teratas dari PMNC 2021 ini akan diberikan peluang untuk memenangi perlawanan peringkat serantau tersebut.

PMNC 2021 Finals - Photo 2
DR SC PPG muncul juara bagi kategori wanita pada kejohanan PMNC 2021

GRITG ARES mengekalkan prestasi yang konsisten sepanjang perlawanan dengan berjaya mengalahkan 16 pasukan secara keseluruhan, mengumpul 192 mata dan dua kemenangan Chicken Dinner untuk terus layak ke perlawanan akhir.

Tahun ini juga, PMNC memperkenalkan perlawanan Ladies Battle PMNC yang pertama di Malaysia.

Perlawanan tersebut menyaksikan 16 pasukan PUBG MOBILE yang terdiri daripada wanita sahaja, bertempur sepanjang kejohanan yang pada akhirnya dimenangi oleh pasukan DR SC PPG yang menerima sebahagian daripada hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.

"Yoodo amat memandang serius akan komitmen dalam menyokong bakat tempatan, dan kami akan terus memberikan yang terbaik untuk komuniti melalui lebih banyak lagi inisiatif e-Sukan pada masa akan datang," sambung Tuck Mun.

“Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada semua pasukan, dan kami teruja untuk menyaksikan empat pasukan teratas PMNC 2021 berkasi di PMPL MYSG tidak lama lagi!” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain