suria

Galaxy Racer bekerjasama dengan Aubameyang lancar kejohanan Fortnite

Aubameyang dan saudaranya menjadi duta kepada sebuah kejohanan Fortnite

PEMAIN bola sepak Aubameyang dan Galaxy Racer melancarkan kejohanan Fortnite rentas serantau Eropah vs Timur Tengah.

Galaxy Racer yang merupakan sebuah organisasi esports yang berpusat di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Tenggara, melancarkan kejohanan esports rentas rantau ini yang merupakan satu pembaharuan.

Piala Galaxy Racer Aubameyang, bakal bermula pada 1 Ogos 2021 dengan menyaksikan duo Fortnite dari seluruh Timur Tengah dan Eropah bertembung secara dalam talian.

Kejohanan ini mendapat nama daripada bintang bola sepak Arsenal dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang dan saudara tirinya, William-Fils, yang mana kedua-duanya merupakan peminat dalam permainan battle royale yang popular ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pertandingan ini disertai sebanyak 150 pasukan dari Timur Tengah dan Eropah dan akan bersaing antara satu sama lain selama empat hari berturut-turut, satu hari pusingan kelayakan untuk setiap wilayah, dan pasukan teratas akan mara ke final pada 3 dan 4 Ogos 2021.

Pada pusingan akhir, 24 pasukan teratas dari setiap wilayah akan bertanding dalam lebih daripada 12 permainan.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada jumlah mata sepanjang 12 permainan di final, dengan 10 pasukan teratas berkongsi hadiah €10,000 (RM50,293).

Pertandingan empat hari ini akan disiarkan secara langsung di saluran Twitch dan YouTube Galaxy Racer.

PAubameyang dan William-Fils akan membuat penampilan istimewa sepanjang kejohanan esports ini berlangsung. -esports news UK



Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain